Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa 12 Negeri Petang Ini

Azizah Najib
hujan lebat 12 negeri
Kredit: Bernama

Hujan Lebat, Ribut Petir Dijangka Landa 12 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal landa 12 negeri dan 2 Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 4 petang.

Menerusi muat naik di laman Facebook, MetMalaysia menjangkakan seluruh negeri Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor serta WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya alami hujan lebat.

Keadaan di Kedah juga menunjukkan daerah Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu bakal terima hujan lebat.

Beralih ke pantai timur, daerah Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan juga diramal hujan lebat. Di Terengganu pula, daerah yang terlibat ialah Besut, Setiu dan Hulu Terengganu.

BACA: Banjir Kilat Landa Beberapa Laluan Utama Lembah Klang, Sebabkan Kesesakan

Di Pahang, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat di kebanyakan kawasan melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

Terus ke Sarawak, daerah yang diramal alami hujan lebat ialah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah (Tanjung Manis, Daro, Matu dan Dalat). Manakala di Sabah, hanya Pantai Barat (Kota Belud), Tawau (Tawau dan Semporna) dan Kudat bakal hujan lebat.

Kredit: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” maklum MetMalaysia.

Semalam, media melaporkan beberapa laluan utama di Lembah Klang mengalami kesesakan lalu lintas akibat banjir kilat berikutan hujan berterusan. Antara laluan yang dikenal pasti terlibat ialah Kilometer 3.3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Kuala Selangor.

Dalam pada itu, berlaku satu kejadian lubang benam menyebabkan laluan kecemasan KM18.6 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) ditutup sementara.

BACA: Kejadian Lubang Benam, Laluan Kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE Ditutup Sementara

BACA: “Jangan cari pasal…” – Pengguna Jalan Raya Kongsi Keadaan Terkini Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)