Siakap Keli
kejadian lubang benam
Kredit: PLUS Malaysia via Facebook

Kejadian Lubang Benam, Laluan Kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE Ditutup Sementara

Kejadian Lubang Benam, Laluan Kecemasan KM18.6 Lebuhraya NKVE Ditutup Sementara

Sebahagian laluan di Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) telah ditutup sementara akibat lubang benam atau ‘sinkhole’, hari ini.

Menurut hantaran PLUS Malaysia di Facebook, insiden berkenaan berlaku di Kilometer (KM) 18.6 arah Selatan, antara laluan Kota Damansara ke Damansara.

Sehubungan itu, lorong kecemasan dan separuh lorong kiri ditutup untuk keselamatan pengguna lebuh raya.

Justeru, pengguna lebuh raya disarankan mematuhi arahan pengawal atau papan tanda trafik di lokasi.

Orang ramai yang menggunakan PLUS boleh mendapatkan info trafik melalui aplikasi PLUS atau laman X @plustrafik untuk merancang perjalanan masing-masing.

https://www.facebook.com/PLUSMalaysiaBerhad/posts/pfbid0d5Gb6xe8W1mEyVdMhQ1NW5MeeyjyaPR8LeGzXuVYe36ypgHnq4f6EnmNgycbSGStl

Terdahulu, SK melaporkan banjir kilat dan kemalangan yang berlaku di beberapa laluan utama di Selangor menuju ke Pusat Bandar menyebabkan kesesakan jalan pada pagi ini.

Difahamkan, gangguan aliran trafik berlaku apabila jalan dinaiki air akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

Dua laluan utama di Selangor iaitu di Kilometer 3.3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Kuala Selangor merupakan antara laluan yang mengalami kesesakan pagi tadi.

Dalam pada itu, banjir kilat didapati berlaku di sekitar Lebuhraya Damansara Puchong, menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

BACA: Pesawat Terkena Tembakan Ketika Cuba Mendarat Di Haiti

Menerusi laporan dikeluarkan kira-kira jam 8.16 pagi, berlakunya banjir kilat di Kilometer 4.9 -Kikometer 5.0 arah Utara dari Bandar Utama ke Penchala.

Laluan susur serta lorong tengah dan lorong kiri laluan utama terhalang mengakibatkan kesesakan trafik.

Di samping itu, susur Lebuhraya Damansara-Puchong, SKVE menghala ke Kajang juga turut mengalami kesesakan akibat kemalangan motosikal.

Malah, laluan Aman Puteri menghala ke Kepong turut dilanda banjir kilat selain kesesakan hampir satu jam dilaporkan berlaku di laluan sekitar Batu Caves.

BACA: Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut

Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan di Selangor, pagi tadi. Antara daerah yang disenaraikan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran yang melibatkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan itu dikeluarkan pada jam 7.50 pagi dan sah sehingga jam 10 pagi.

Sebelum itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat pada jam 6 pagi dengan melibatkan kawasan yang sama. Amaran tersebut turut melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

Sumber: PLUS Malaysia via Facebook

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.