Siakap Keli
banjir kilat laluan utama
Kredit: Sinar Harian

Banjir Kilat Landa Beberapa Laluan Utama Lembah Klang, Sebabkan Kesesakan

Banjir Kilat Landa Beberapa Laluan Utama Lembah Klang, Sebabkan Kesesakan

Banjir kilat dan kemalangan yang berlaku di beberapa laluan utama di Selangor menuju ke Pusat Bandar menyebabkan kesesakan jalan pada pagi ini, lapor Sinar Harian.

Gangguan aliran trafik berlaku apabila jalan dinaiki air akibat hujan lebat berterusan selama beberapa jam.

Dua laluan utama di Selangor iaitu di Kilometer 3.3 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan Jalan Kuala Selangor merupakan antara laluan yang mengalami kesesakan pagi tadi.

BACA: Dilanggar Kereta Ketika Lintas Jalan, Warga Emas Dilaporkan Maut

Dalam pada itu, banjir kilat didapati berlaku di sekitar Lebuhraya Damansara Puchong, menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Menerusi laporan dikeluarkan kira-kira jam 8.16 pagi, berlakunya banjir kilat di Kilometer 4.9 -Kikometer 5.0 arah Utara dari Bandar Utama ke Penchala.

“Laluan susur serta lorong tengah dan lorong kiri laluan utama terhalang mengakibatkan kesesakan trafik,” jelasnya.

Kredit: Sinar Harian

Di samping itu, susur Lebuhraya Damansara-Puchong, SKVE menghala ke Kajang juga turut mengalami kesesakan akibat kemalangan motosikal.

Malah, laluan Aman Puteri menghala ke Kepong turut dilanda banjir kilat selain kesesakan hampir satu jam dilaporkan berlaku di laluan sekitar Batu Caves.

BACA: PM Anwar Dijadual Terima Pingat El Sol Del Peru Dalam Lawatan Sulung Ke Amerika Latin – Duta

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan di Selangor, pagi tadi. Antara daerah yang disenaraikan ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran yang melibatkan tujuh negeri serta dua Wilayah Persekutuan itu dikeluarkan pada jam 7.50 pagi dan sah sehingga jam 10 pagi.

Sebelum itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan lebat pada jam 6 pagi dengan melibatkan kawasan yang sama. Amaran tersebut turut melibatkan seluruh Wilayah Persekutuan Putrajaya, Melaka dan beberapa kawasan di Negeri Sembilan.

BACA: Taburan Hujan 20 Hingga 40 Peratus Lebih Tinggi Berbanding Tahun Lepas – MetMalaysia

Sumber: Sinar Harian, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.