Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
kilang proton mesir
Kredit: @tzafrul_aziz via X

Kilang Proton Dilancarkan Di Mesir, Pemasangan Tempatan Bermula Disember 

Athirah

Kilang Proton Dilancarkan Di Mesir, Pemasangan Tempatan Bermula Disember

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz hari ini memaklumkan kilang Proton Holdings Berhad (Proton) telah dilancarkan di Mesir.

Ia difahamkan untuk membuka jalan bagi peluasan strategik dalam sektor automotif di Afrika Utara.

Menurut hantaran @tzafrul_aziz di laman X, syarikat automotif ini membawa visi menjadikan Mesir sebagai hab eksport ke pasaran Afrika Utara.

Dalam pada itu, ia turut menyasarkan pengeluaran 5,000 unit Proton Saga pada tahun 2025 dan hingga 25,000 unit menjelang 2026.

“Inisiatif ini yang melibatkan pelaburan AS$35 juta juga menyokong dasar ekonomi Mesir untuk menggalakkan pemasangan tempatan sambil mengurangkan import CBU,” kata beliau.

Selain itu, MITI berharap agar pelaburan ini akan memperkukuhkan ekosistem ekonomi Mesir dan mengukuhkan kedudukan PROTON sebagai jenama automotif Malaysia yang terus berkembang di pentas antarabangsa.

BACA: 35 Maut, 43 Cedera Selepas Dirempuh Kereta Di Pusat Sukan

Terdahulu, Bernama melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan pengoperasian kilang pemasangan (CKD) kereta Proton Holding Berhad di sini yang dijangka mula beroperasi Disember tahun ini.

Anwar berkata pemasangan kereta model Proton Saga di Mesir itu adalah sebahagian daripada usaha Malaysia untuk membawa cara pemikiran baharu dalam kerjasama antara kedua-dua negara.

“Proton bukan hanya industri automotif di Malaysia, ia adalah kebanggaan negara, ia adalah jenama yang dikaitkan dengan Malaysia… terkenal di banyak negara malah di Eropah,” kata beliau menerusi ucapannya pada majlis pelancaran tersebut.

Perdana Menteri berkata, usaha sama berkenaan penting untuk memajukan industri tempatan kedua-dua negara.

“Keberadaan Malaysia di Mesir ini adalah sebagai rakan kongsi berdasarkan kepercayaan dan persahabatan,” kata beliau.

Menurut Anwar, rancangan pengeluaran bagi kilang pemasangan kereta Proton Saga itu akan menambah eksport kereta Proton ke Mesir kepada 16,000 unit antara 2024 hingga 2026, yang disasar menjana pendapatan sebanyak RM570 juta.

“Sebanyak RM20 juta pendapatan lagi dijangka dijana melalui jualan alat-alat ganti bagi menyokong perkhidmatan,” kata beliau.

BACA: 24 Jam Terang-Benderang, Ramai Kagum Lihat Fenomena Matahari Tengah Malam

Sumber: @tzafrul_aziz via X