Siakap Keli
Penumpuan Angin
Kredit: Bernama

Penumpuan Angin Timuran Dijangka Bermula Esok, Potensi Hujan Lebat Di Timur Semenanjung

Penumpuan Angin Timuran Dijangka Bermula Esok, Potensi Hujan Lebat Di Timur Semenanjung

Jabatan Meteorogi Malaysia (MET Malaysia) hari ini memaklumkan mengenai penumpuan angin timuran dijangka berlaku di timur Semenanjung bermula pada 14 hingga 21 November 2024.

Menerusi hantaran @metmalaysia di laman X, keadaan tersebut menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi menghasilkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia.

“Orang awam juga boleh memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” ujar hantaran itu.

https://x.com/metmalaysia/status/1856572153833107548

BACA: Adik Alisa Umairah Kini Kritikal, Dimasukkan Dalam ICU

Sebelum ini, SK melaporkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat, angin kencang dan ribut petir bakal landa 12 negeri dan dua Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 6 petang.

Amaran yang dimuat naik di laman Facebook menunjukkan hujan lebat di seluruh negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Melaka dan Johor serta WP Kuala Lumpur dan WP Putrajaya.

Di Kedah, hanya daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu diramal hujan lebat.

Manakala di pantai timur, daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan turut menerima hujan lebat. Di Terengganu, daerah Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman juga dijangka hujan lebat.

Athirah

When nothing goes right, go left.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.