Harga Langganan Netflix Di Malaysia Naik
Bermula 14 November 2024, platform perkhidmatan penstriman terkemuka di Malaysia iaitu Netflix telah menaikkan harga langganannya.
Melalui kemas kini di portal rasmi, Netflix memperlihatkan perubahan harga untuk semua pelan.
Sehubungan itu, harga bagi Netflix Mobile dan Basic bermula serendah RM18.90/sebulan dan RM29.90/sebulan. Manakala pelan Standard dan Premium masing-masing berharga RM49.90/bulan dan RM62.90/bulan.
Bagaimanapun. tiada perubahan dari segi sokongan resolusian peranti untuk setiap pelan di platform ini.
Netflix telah menaikkan harga langganan di beberapa negara
Menurut laporan BBC, platform perkhidmatan penstriman memaklumkan pihak mereka telah menaikkan harga langganan di Jepun, sebahagian Eropah, Timur Tengah dan Afrika sejak bulan lalu.
Manakala harga langganan Netflix di Itali dan Sepanyol kini sedang dipertimbangkan.
Sebelum ini, syarikat berkenaan mencari pelbagai cara baharu untuk menjana wang kerana ia menghadapi tanda-tanda merudum dalam pasaran termasuk menghadkan peminjaman kata laluan dan pilihan sokongan iklan pada tahun 2022.
Bagaimanapun, tindakan itu mencatatkan gelombang pertumbuhan yang baharu.
Lain daripada itu, syarikat terbabit telah menambah lebih 45 juta ahli baru sejak tahun lepas, malah memiliki 282 juta pelanggan di seluruh dunia.
Penganalisis turut menjangkakan pilihan sokongan iklan akan menjadi perniagaan terbesar untuk Netflix.
BACA: Dipercayai Cas Telefon Ketika Tidur, Lelaki Maut Terkena Renjatan Elektrik
Sumber: Netflix