Lelaki Kongsi Pendaki Perlu Segera Beredar Kalau Jumpa ‘Ini’ Dalam Hutan
Zaman sekarang, ibarat menjadi satu hobi buat masyarakat dalam negara untuk melakukan aktiviti luar (outdoor) seperti mendaki, berkhemah, memancing dan banyak lagi.
Walaupun dikategorikan sebagai sukan lasak atau kerana perlu meredah semak-samun, hutan dan batu-batuan tetapi ia dapat membawa orang ramai lebih menghargai alam semula jadi.
Selain itu, aktiviti ini juga dapat menjadi terapi kepada minda dan mata dengan melihat tumbuhan hijau. Jadi, tidak hairan mengapa ia sering dipanggil “healing” dalam kalangan golongan muda.
Walau bagaimanapun, kita perlu sentiasa berhati-hati sewaktu memasuki hutan atau kawasan bukit kerana kawasan ini merupakan rumah kepada haiwan liar dan binatang buas.
Oleh itu, peralatan penting perlu dibawa bersama selain perlu peka dengan kawasan-kawasan yang berisiko ketika meredah hutan.
Dalam perkongsian video seorang pengguna TikTok, @rahim_bakau baru-baru ini berkongsi satu ilmu hutan yang berguna untuk para pendaki dan campers.
Dalam klip tersebut, dia menunjukkan satu kawasan tanah yang berlecak di dalam hutan.

Jelasnya, mana-mana pendaki dan campers yang menemui kawasan tersebut perlu segera menjauhkan diri dari lokasi berkenaan.
“Hikers dan campers, kalau korang pergi hutan. Korang jumpa benda-benda macam ni, lopak-lopak dan kesan macam ni, korang tinggalkan tempat itu dengan cepat.
“Korang duduk dekat sini, bahaya..,” katanya dalam klip tersebut.
@rahim_bakau ♬ original sound – Rahim Bakau – Survivalist – Rahim Bakau – Survivalist
Kenapa perlu jauhkan diri dari kawasan itu jika terserempak?
Katanya, lokasi ini berkemungkinan menjadi haiwan pemangsa sudah berada di sekitar kawasan tersebut untuk membaham mangsa atau lokasi haiwan berkubang.

“Di mana ada haiwan berkumpul, sama ada sungai, kawasan minum air atau kubang babi hutan mandi dan lain-lain, pasti ada potensi yang besar pemangsa ada berdekatan sama ada pak belang, ular sawa batik dan lain-lain,” kongsinya.
@rahim_bakau Replying to @Qeela Dimana ada haiwan berkumpul, samada sungai port minum air atau kubang barbie hutan mandi dll, pasti ada potensi yg besar pemangsa ada berdekatan samada pak belang, batik dan lain lain #fyp #wildlife #wildboar #tiger #hunting #waterpoint
♬ original sound – Rahim Bakau – Survivalist – Rahim Bakau – Survivalist
Oleh itu, pentingnya ilmu hutan untuk 0rang ramai yang berniat menerokai alam hutan dalam menilai kawasan-kawasan yang berbahaya dan berisiko.
Semoga bermanfaat
Sumber: TikTok @rahim_bakau (video 1), (video 2)