Hilang Bebola Mata Kiri, Lelaki Warga Tempatan Kritikal Selepas Diserang
Seorang lelaki warga tempatan hilang bebola mata kirinya selepas diserang dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki warga asing.
Kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 2 petang di tepi jalan berhampiran sebuah flat di Jalan Ara Kuda, Tasek Gelugor, semalam.
Difahamkan, mangsa, 52, yang dipercayai dalam keadaan mabuk didakwa telah mengganggu suspek, 28.
Akibatnya, suspek bertindak agresif dengan mengorek keluar bebola mata kiri mangsa dengan tangannya, selain mencederakan mata kanan mangsa.
Menurut laporan, petugas Kementerian Kesihatan (KKM) menjumpai bebola mata mangsa berhampiran lokasi kejadian ketika hadir untuk membawa mangsa ke hospital bagi rawatan lanjut.
Susulan itu, suspek telah berjaya ditahan di lokasi kejadian, manakala mangsa kini berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan di Hospital Kepala Batas.
Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.
“Suspek telah diberkas dan siasatan dibuka mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah,” katanya.
BACA: 8 Maut, 17 Cedera Dalam Serangan Pisau Di Sekolah Vokasional
BACA: Komposer Terkenal S Atan Meninggal Dunia
BACA: Kanak-Kanak 8 Tahun Dikhuatiri Lemas Terjatuh Ke Dalam Longkang Besar
Sumber: MalaysiaGazette