Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2024 Raikan Bayi Kelahiran Baharu

Nurul Naqiyah
program junior superhero simpan sspn
YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (tengah) diringi YBrs. Dr. Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang (empat dari kanan) dan YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN (empat dari kiri) dan bergambar bersama bayi kelahiran baharu dalam Program Junior Superhero Simpan SSPN 2024.

Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2024 Raikan Bayi Kelahiran Baharu

1. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa prihatin dengan melaksanakan pelbagai inisiatif serta program berimpak tinggi bagi memastikan akses kepada pendidikan lebih terjamin. Program Junior Superhero Simpan SSPN merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) PTPTN yang dilaksanakan bersempena dengan Hari Tabungan Sedunia. Ia mula dianjurkan pada tahun 2023 dan diteruskan pada tahun 2024.

2. Program Junior Superhero Simpan SSPN Tahun 2024 telah diadakan di Hospital Pulau Pinang yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN. Turut hadir YBrs. Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, Ketua Eksekutif PTPTN, YBrs. Dr. Goh Hin Kwang, Pengarah Hospital Pulau Pinang dan Encik Muhammad Muhsin Abdul Rahman, Pengarah Negeri, Pejabat PTPTN Negeri Pulau Pinang.

3. Melalui program ini, Pengerusi PTPTN telah menyantuni dan beramah mesra bersama ibu-ibu yang telah melahirkan cahaya mata. PTPTN memberikan sumbangan pendidikan dalam bentuk akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) sebanyak RM100 kepada bayi yang dilahirkan pada bulan November 2024. Seramai 50 bayi telah menerima sumbangan akaun Simpan SSPN berjumlah RM5,000.00. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang.

program junior superhero simpan sspn
YBhg. Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim, Pengerusi PTPTN (tiga dari kanan), menyerahkan replika kad sumbangan Program Junior Superhero Simpan SSPN 2024 kepada penerima.

4. Pengerusi PTPTN, Dato’ Seri Norliza Abdul Rahim berkata, “Pelaksanaan program ini bertujuan untuk menanam budaya menabung dan memberi kesedaran kepada masyarakat serta ibu bapa mengenai kepentingan penabungan serta perancangan kewangan sedari awal untuk jaminan masa hadapan anak-anak. Dengan membuat simpanan dalam Simpan SSPN, akses kepada pendidikan tinggi anak-anak akan lebih terjamin dan tidak perlu lagi menanggung beban hutang pinjaman yang tinggi.”

5. Simpan SSPN merupakan produk simpanan PTPTN yang menawarkan pelbagai manfaat dan kelebihan. Antaranya ialah pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif, simpanan dijamin Kerajaan dan patuh syariah.

6. PTPTN akan terus komited dalam meningkatkan pelaksanaan program CSR dalam aspek pendidikan demi pembangunan anak bangsa selari dengan moto PTPTN, Peluang Kejayaan Anda dan tagline PTPTN Prihatin : Kami Kongsi, Kami Bantu.