Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Percaya ‘Santet’, Youtuber Indonesia Cabar ‘Pawang’ Untuk Kirim Santau

Athirah
Youtuber Indonesia santau
Gambar AI

Tak Percaya ‘Santet’, Youtuber Indonesia Cabar ‘Pawang’ Untuk Kirim Santau

Seorang Youtuber di Indonesia mencuri perhatian orang ramai apabila mencabar mana-mana bomoh atau pawang untuk menghantar santau kepadanya.

Malah Yotuber berkenaan, Ferry Irwandi turut menawarkan ganjaran mewah berupa Toyota Alphard jika mereka berjaya menyantau dirinya sehingga muntah darah atau paku.

Sejak memuat naik cabaran berkenaan menerusi media sosial, Ferry mendakwa telah menerima pelbagai respon daripada warga maya yang mengaku sebagai bomoh-bomoh tertentu.

Youtuber Indonesia cabar pawang kirim santau

“Kira-kira ada lapan orang yang ingin cuba menyantau saya.

“Yang pasti ada individu-individu ini mengakui dirinya orang sakti. Ada yang mengaku memiliki ilmu-ilmu tertentu dan ada yang mengaku kenal dengan bomoh-bomoh handal,” katanya dalam satu video.

Selain itu, Ferry turut mendedahkan ada bomoh yang berjanji akan mengirimkan santau yang mampu membuat dia sakit kepada, perut mengembung dan akhirnya menjadi lumpuh.

Bagaimanapun Youtuber itu mendakwa, setakat ini tiada apa-apa perubahan yang dialaminya walaupun sudah lebih 10 hari cabaran berkenaan dibuat dan menjadi tular.

Ferry menerima RM10, 000 daripada hasil siaran langsung di Youtube

Malah, baru-baru ini juga Ferry dikatakan bertindak membuat siaran langsung di Youtube pada lewat malam untuk berkongsi lanjut dengan cabaran berkenaan.

Dalam siaran langsung berkenaan, dia turut menghubungi beberapa individu yang mendakwa merupakan bomoh, namun panggilannya tidak dijawab.

Pada masa yang sama, siasaran langsung berkenaan turut menarik jumlah penonton yang sangat ramai yang teruja untuk melihat apa yang berlaku.

Ferry juga dikatakan berjayaa mengumpul hadiah kira-kira Rp 36 juta (kira-kira RM10,000) menerusi siaran langsung tersebut.

Bagaimanapun, Ferry memberitahu ganjaran yang diterima itu akan diagihkan kepada individu yang memerlukan.

BACA: “Ana Timbullah…”, Rayuan Ayah Mangsa Hanyut Arus Deras Sg. Air Beruk

BACA: Henti Amal Tabiat Ini, Skru Boleh Karat & Drum Mesin Basuh Bergoyang Teruk

BACA: Ramai Tak Tahu, Rupanya Ini Lokasi Mesin ATM Pertama Dipasang Di Malaysia

BACA: Agensi Nuklear Malaysia Guna Teknik Isotop Stabil Buktikan Ketulenan Madu

Sumber: @ferryirwandi via Youtube