Cipta Rekod, Indonesia Pasukan ASEAN Paling Berjaya Dalam Kempen Kelayakan Piala Dunia
Pasukan bola sepak Indonesia mencipta rekod apabila muncul sebagai pasukan paling berjaya di peringkat Asia Tenggara (ASEAN) dalam pusingan Kelayakan Piala Dunia.
Menerusi perkongsian Seasia goal, skuad Garuda kini menjadi pasukan dengan mata kumpul tertinggi sepanjang sejarah penglibatan pasukan dari ASEAN dalam kejohanan itu, iaitu 6 mata dari 6 perlawanan.
Pasukan itu dilihat mampu mencuri lagi mata tambahan dengan berbaki lagi 4 perlawanan. Jika berjaya menempatkan diri sebagai naib juara kumpulan, Indonesia layak ke Piala Dunia 2026.
Indonesia kini berada di kedudukan ke-3 dalam Kumpulan C mengumpul 6 mata dari 6 perlawanan, dengan Jepun mendominasi puncak kumpulan dengan 16 mata. Manakala Australia 1 mata di atas Indonesia.
Rekod Pasukan ASEAN di Pentas Kelayakan Piala Dunia
Rekod pasukan ASEAN paling berjaya sebelum ini dipegang oleh Vietnam dengan mengumpul 4 mata daripada 10 perlawanan pada Pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2022.
Manakala Thailand dengan 2 mata daripada 10 perlawanan pada Pusingan ke-3 Kelayakan Piala Dunia 2018.
Cipta kejutan kalahkan Arab Saudi
Indonesia mencipta sensasi apabila berjaya menumbangkan Arab Saudi 2-0 dalam aksi Kumpulan C Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Gelora Bung Karno semalam.
Meskipun berdepan dengan lawan yang berada di ranking ke-59 dunia, tuan rumah berjaya menunjukkan bisa di depan gawang menerusi gol yang diterjemahkan.
Hasilnya, Marselino Ferdinand muncul wira Garuda dengan menjaringkan dua gol pada minit ke-32 dan ke-57 untuk memberi kemenangan bergaya skuad kendalian Shin Tae-yong itu.
Hanya dua pasukan di kedudukan teratas akan mara ke Piala Dunia 2026 di Amerika Utara, manakala pasukan di kedudukan ketiga dan keempat akan menempuh satu lagi pusingan kelayakan.
Persoalannya, mampukah Indonesia mencipta sejarah sebagai pasukan ASEAN pertama layak ke kejohanan Piala Dunia?
Sumber: Seasia goal