Mesin Basuh Dah Berputar Tapi Sabun Masih Tak ‘Hancur’? Ini Puncanya
Bila bercakap tentang maintenance, ramai yang terus terfikir tentang kereta, motosikal dan rumah.
Namun, barangan lain yang berada di dalam rumah juga perlu diberi perhatian antaranya termasuklah mesin basuh.
Barangan elektrik ini sangat penting dalam penggunaan rutin harian setiap rumah. Ini kerana mesin basuh dapat membantu dalam meringankan beban mencuci sejumlah pakaian bahkan menjimatkan masa dan tenaga.
Sekiranya ia mengalami masalah, tentunya mendatangkan kesukaran untuk setiap isi rumah.
Sehubungan itu, SK akan kongsikan satu cara mudah untuk mengenal pasti jika mesin basuh di rumah tidak berfungsi dengan optimum menerusi pengguna TikTok @hairulvcool.
Dalam klip tersebut, seorang lelaki memberitahu jika anda sering mengalami masalah sabun tidak ‘hancur’ dan baju berbau hapak serta pulsator sering tercabut walaupun skru sudah diketatkan dengan baik, ia menandakan mesin basuh anda tidak berfungsi dengan baik.
Perkara ini berkemungkinan disebabkan masalah pulsator yang sudah rosak.
Punca masalah ini?
Katanya, anda perlu membuka pulsator dengan membuka skru pada bahagian tengah. Kemudian, lihat pada bahagian bawah penutup (lubangnya). Sekiranya ia sudah rosak, gigi pada bahagian dalam lubang sudah ‘haus’.
BACA: Ini 9 Tip Maintenance Kereta Yang Anda Perlu Tahu
Perkara ini yang membuatkan pulsator berputar dengan laju, kerana gigi di bahagian bawahnya sudah ‘haus’ dan perlu ditukar.


Hal ini penting kerana pulsator berperanan untuk menggantikan pergerakan mencuci baju manual melalui gerakan putaran.
Jika pulsator berfungsi dengan baik, ia dapat memastikan pengedaran sabun pencuci yang sekata bagi pembersihan optimum. Secara tidak langsung proses ini dapat menghapuskan masalah baju hapak dan sabun berketul.
Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua.
BACA: Tak Perlu Bahan Kimia, Wanita Kongsi Cara Halau Nyamuk Guna 2 Tanaman Ni
BACA: Pernah Tular Puji Rakyat Malaysia Sentiasa Gembira, Kini Minah Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’ Pula Bila Jejak Muzium Kesenian Islam
Sumber: Hairul Vcool via TikTok