Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Perlu Bahan Kimia, Wanita Kongsi Cara Halau Nyamuk Guna 2 Tanaman Ni

Azizah Najib
cara halau nyamuk
Kredit: Bernama
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Tak Perlu Bahan Kimia, Wanita Kongsi Cara Halau Nyamuk Guna 2 Tanaman Ni

Antara serangga yang paling mengganggu keselesaan tidur di malam hari pastinya nyamuk. Bukan saja itu, nyamuk turut mendatangkan bahaya kepada kesihatan kita. Pelbagai penyakit telah terbukti datang daripada gigitan nyamuk antaranya demam denggi, malaria, chikungunya dan Zika.

Jika dulu, masyarakat mengenali lingkaran ubat nyamuk berwarna hijau yang dinyalakan untuk menghalau nyamuk. Apabila teknologi semakin maju, pelbagai jenis semburan dan ubat nyamuk muncul di pasaran.

Namun begitu, kesemua cara ini memerlukan wang untuk dilaburkan setiap bulan. Kali ini, SK terjumpa satu tip hasil perkongsian seorang pengguna Facebook, Wan Erni Suria yang hanya perlukan dua bahan sahaja. Malah, kedua-dua bahan ini boleh ditanam sendiri untuk menjimatkan kos.

BACA: 10 Petua Hilangkan Bau Hanyir Lepas Siang Ikan

Dua bahan yang bakal menyelamatkan anda daripada serangan nyamuk dan terbukti berkesan ini ialah serai dan daun pandan.

“Kami dah cuba. Alhamdulillah tiga minggu ini berhasil,” ujar Erni.

Proses menghasilkan penghalau nyamuk tanpa bahan kimia ini amat mudah. Pertama sekali, layurkan daun pandan dan batang serai. Guna api dapur pun boleh. Selepas itu, anda perlu hiris halus-halus daun pandan dan batang serai.

“Hiris halus macam bunga rampai dan masukkan ke dalam bekas,” katanya lagi.

Kredit: Wan Erni Suria

BACA: Tip Tanam Sayur Dalam Botol & Cawan Agar Tumbuh Subur

Setelah itu, bekas penghalau nyamuk boleh diletakkan di sudut dan bilik. Itu sahaja.

Ketika ditemu bual SK, Erni turut mendapati cara ini berkesan untuk menghalau semut.

“Di bahagian kaunter buat air kan kadang bersemut. Jadi, bekas serai atau pandan ni jadi pewangi semula jadi,” kongsinya.

Menurutnya lagi, bahan penghalau nyamuk ini perlu kerap ditukar.

“Beberapa hari sekali bila dah kering dan hilang bau, saya tukar dan buat lagi,” tambahnya.

Biarpun cara ini terbukti berkesan apabila dicuba oleh wanita tersebut, namun menurutnya, tempat pembiakan nyamuk masih perlu dititik beratkan.

Berikut SK kongsikan tempat-tempat pembiakan nyamuk menurut Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Tempat ‘kegemaran’ pembiakan nyamuk di dalam rumah meliputi talam peti sejuk, baldi, pam dan mangkuk tandas. Malah, kolah air, pelapik rak pinggan, bekas jambangan bunga dan bekas takungan penapis air turut menjadi tempat pembiakan nyamuk yang tidak kita sedari.

BACA: Ini Cara Kumpul RM12k Dalam 2 Tahun, Sedar-Sedar Duit Dah Cukup

Beralih pula ke luar rumah, lebih banyak kawasan berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk. Perhatikan tayar terpakai, salur air hujan, bekas simpanan air dan peralatan lama atau terbiar di sekitar rumah. Selain itu, tangki septik, tong cat, botol, tin, bekas plastik turut tersenarai.

Bagi anda yang gemar berkebun pula, alas pasu bunga, pasu bunga dan pokok bunga berkelopak juga berisiko menjadi tempat pembiakan nyamuk. Jadi, anda perlu berhati-hati dan sentiasa membersihkan ruang-ruang ini.

Sumber: Wan Erni Suria, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis