Ini 9 Tip Maintenance Kereta Yang Anda Perlu Tahu
Memiliki kereta adalah satu impian yang menjadi kenyataan bagi kebanyakan orang.
Namun, dalam keterujaan itu, ramai yang sering terlepas pandang perkara paling asas, iaitu penyelenggaraan (maintenance) kereta.
Sama ada anda pemilik kereta baru, kereta terpakai atau kali pertama bergelar ‘pemilik kenderaan’, maintenance kereta bukanlah satu pilihan, melainkan kewajipan.
Tanpa maintenance, kereta umpama tak diberi perhatian, lama-lama boleh ‘meragam’ dan menguji kesabaran.
Jadi, jangan tunggu kereta ‘mogok’ baru nak bertindak. Ini 9 tip maintenance kereta yang anda perlu tahu, dikongsikan oleh pengguna TikTok @jamesyip_.
1. 5,000 km – Minyak Hitam
Setiap kali mencapai 5,000 km, anda dinasihatkan untuk menukar minyak hitam lebih-lebih lagi jika anda menggunakan minyak hitam yang berasaskan mineral.
Minyak hitam yang sudah lama tidak ditukar akan menjadi kurang efektif dan boleh memberi kesan yang tidak elok kepada enjin dalam jangka masa yang lama.
2. 10,000 km – Penapis Udara
Penukaran penapis udara setiap kali mencecah 10,000 km amat penting jika kereta selalu berapa dalam kawasan yang berdebu dan berhabuk.
Hal ini kerana penapis udara yang tersumbat boleh menyebabkan enjin bekerja lebih keras
3. 20,000 km – Throttle Valve
Throttle valve merupakan salah satu komponen yang penting bagi memastikan enjin kereta berada dalam keadaan yang baik.
Jika mencapai 20,000 km, anda perlu membersihkan throttle valve supaya ia dapat terus berfungsi dengan baik.
4. 30,000 km – Fuel Injection
Untuk memasstikan kereta bergerak dalam keadan yang optimum, ia memerlukan campuran bahan api dan udara yang tepat.
Ini adalah tugas sistem fuel injection, dan ia memerlukan servis setiap 30,000 km untuk memastikan kereta sentiasa dalam keadaan terbaik.
5. 40,000 km – Bahan Penyejuk (Coolant)
Apabila melakukan pemanduan jarak jauh, bahan penyejuk adalah komponen penting untuk memastikan enjin tidak terlalu panas.
Tanpa bahan penyejuk yang berfungsi dengan baik, enjin mungkin akan mengalami kerosakan lebih teruk yang menyebabkan kos membaikinya yang tinggi.
Untuk mengelak perkara ini, anda perlu menukar bahan penyejuk setiap kali kereta mencapai 40,000 km.
6. 50,000 km – Spark Plug
Fungsi utama spark plug adalah untuk mencetuskan api untuk membakar bahan api dan memastikan enjin berjalan.
Ia penting untuk memindahan haba ke sistem penyejukan dan perlu ditukar apabila mencapai 50,000 km.
7. 60,000 km – Cecair Brek
Atas faktor keselamatan, anda perlu menukar cecair brek jika kereta sudah mencecah 60,000 km.
Hal ini kerana cecair brek penting untuk memastikan brek sentiasa berfungsi dengan baik dan mengelakkan kerosakan pada brek.
8. 80,000 km – Minyak Transmisi
Fungsi minyak transmisi atau transmission fluid ini adalah untuk mengurangkan haba geseran pada komponen kereta yang sentiasa bergerak dengan laju.
Untuk mengelakkan kerosakan pada gearbox, minyak transmisi perlu ditukar jika kereta mencecah 80,000 km.
9. 100, 000 km – Timing Belt
Timing belt merupakan satu komponen yang penting kerana ia berfungsi untuk menggerakkan bahagian dalaman kereta.
Kereta tidak dapat bergerak jika timing belt terputus dan lebih bahaya lagi jika ia putus sewaktu sedang memandu.
Jadi bagi mengelakkan perkara ini, anda dinasihati untuk menukar timing belt jika kereta sudah mencecah 100,000 km.
@jamesyip_ Tips Maintenance Kereta Yang Anda Wajib Tahu ! #alatin #james_alatin #kereta #car #carmalaysia #education #cermin #cermingelap #tinted #tintedwindows #tiktokguru #learnontiktok #proton #perodua #service #car
Semoga bermanfaat.
BACA: Hairan Kenapa “Steering” Rasa Berat, Ini 4 Punca yang Ramai Tak Tahu
BACA: Ini 3 Risiko Kerap Cas Telefon Dalam Kereta
BACA: 6 Punca Bateri Kereta Cepat Habis
Sumber: James_Yip via TikTok