Siakap Keli
Dilema Cuti Sekolah Dah Dekat, Masih Tiada Negeri Pilihan Nak Bercuti
Gambar Hiasan

Panduan Bercuti: Top Destinasi Di 8 Negeri Boleh Kunjung Hujung Tahun Ini

Dah nak cuti sekolah ni, ramai yang tak sabar nak pergi bercuti bersama keluarga kan? Lebih-lebih lagi kalau yang dah bekerja, mesti nak habiskan cuti tahunan masing-masing. Korang tahu tak cuti sekolah bermula pada hari apa?

Tarikh bermula cuti sekolah adalah daripada 20 Disember hingga 28 Disember 2024 bagi negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Manakala, 21 Disember bermulanya cuti bagi Kuala Lumpur, Labuan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Putrajaya, Sabah, Sarawak, Selangor hingga 29 Disember 2024.

Merujuk kepada tarikh cuti tersebut, korang ada kesempatan untuk habiskan cuti dengan meluangkan masa bersama keluarga setiap tahun sekali sahaja.

Korang mesti nak jalan-jalan dalam Malaysia tapi tak tahu negeri mana yang lebih menarik untuk bercuti? Ini lapan negeri yang menarik di Malaysia yang membantu dalam merancang perjalanan serta membuat pilihan yang bijak sebelum pergi bercuti.

8 Negeri menarik untuk bercuti di Malaysia

Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang terbesar di Semenanjung Tanah Melayu bersempadan dengan Negeri Kelantan di sebelah utara, Negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, Negeri Terengganu dan Laut China Selantan di timur serta Negeri Johor di bahagian selatan.

Negeri Pahang merangkumi kawasan seluas 35,965 kilometer persegi (km) terbahagi kepada 11 buah daerah pentadbiran iaitu Pekan, Kuantan, Rompin, Maran, Bera, Jerantut, Temerloh, Raub, Bentong, Lipis dan Cameron Highlands. Ini antara tempat yang menarik untuk anda kunjungi pada cuti sekolah nanti:

  • Bukit Gambang Resort City, Gambang
Kredit: @PemburuTiketMurah via Facebook
Kredit: @GentingHighland via Facebook
  • Bukit Fraser, Raub
Kredit: @aziziaziz via Facebook
  • Bukit Tinggi, Bentong
Kredit: @saysseismik via Facebook
  • Sungai Palas BOH Tea Plantion, Cameron Highlands
Kredit: @BOHTea via Facebook
Kredit: @MalikSyam via Facebook
  • Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang
Kredit: @PahangMedia via Facebook
  • Gunung Tahan, Taman Negara
Kredit: @WarisanMelayuPahang via Facebook
  • Masjid Sultan Ahmad Shah, Bandar Kuantan
Kredit: @VisitPahang via Facebook
  • Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bandar Baru Bangi
Kredit: @RestoranAnaIkanBakarPetaiBandarBaruBangi via Facebook
  • Coastal Store, Kuantan
Kredit: @CoastalStore via Facebook
  • Pulau Tioman, Rompin
Kredit: @TourismPahang via Facebook

Sekiranya anda berminat untuk ke Pulau Tioman, tersedia pakej percutian bagi memudahkan urusan dan tidak perlu risau lagi soal tiket feri dan tempat penginapan. Tidak hairan lagi, begitu banyak tempat menarik di Pahang, sebulan pun tidak cukup untuk menjejaki ke semua tempat tarikan.

Perak

Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri kedua terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 21,005km selepas negeri Pahang Darul Makmur.

Kredit: @aerialskystudio via Facebook

Ipoh pula merupakan ibu negeri Perak yang dulunya terkenal sebagai bandar perlombongan bijih timah, dimana mempunyai keunikannya tersendiri. Tempat yang kaya dengan budaya, sejarah dan makanan tempatan yang sedap.

  • Kellie’s Castle, Batu Gajah
Kredit: @mozacrunch via Facebook
  • Gua Tempurung, Gopeng
Kredit: @TempurungExtremeSports via Facebook
  • Menara Jam Peringatan Birch, Ipoh
Kredit: @PerakWonders via Facebook
  • Lost World of Tambun, Ipoh
Kredit: @SunwayLostWorldOfTambun via Facebook
  • Pasar Karat, Ipoh
Kredit: @ViralMediaJohor via Facebook
  • Stesen Keretapi, Ipoh
Kredit: @Peraktastic via Facebook
  • Galeri Seni Yasmin Ahmad, Ipoh
Kredit: @NoorAmranNasaArt via Facebook
  • Pasar Malam Gerbang Malam, Ipoh
Kredit: @GerbangMalam via Facebook
  • Platform 9 1/2 Cafe, Ipoh
Kredit: @MohKeIpoh via Facebook
  • Concubine Lane, Ipoh
Kredit: @PenangViral via Facebook
  • Muzium Ho Yan Hor, Ipoh
Kredit: @HoYanHorMuseum via Facebook

Jika korang tertarik untuk pergi ke Lost World of Tambun serta disarankan membeli tiket awal bagi mengelak daripada tiket habis, apabila sudah sampai di tempat tersebut. Destinasi yang ideal untuk percutian di Ipoh Perak, kerana sempurna dalam bentuk klasik dan moden. Penduduk di sana juga sangat mesra dan berbudi bahasa tidak kira bangsa dan kaum.

Melaka

Kredit: @JonkerStreetMalacca via Facebook

Melaka dikenali sebagai sebuah negeri yang mempunyai keunikan sejarah, terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia. Pengaruh budaya dari Portugis, Peranakan, Belanda dan British yang merupakan warisan dunia UNESCO. Ia terbukti melalui jejak-jejak sejarah dan warisan di bandar Melaka. Ini antara tempat menarik yang wajib anda lawati ialah:

  • Kota A Famosa, Alor Gajah
Kredit: @Cuti-CutidiMelaka via Facebook
  • The Stadthuys, Melaka
Kredit: @HomestayTerbaikMelakaPrivatePool via Facebook
  • Jonker Street, Jalan Hang Jebat
Kredit: @Jonkerwalk via Facebook
  • Rumah Terbalik Melaka, Plaza Mahkota
Kredit: @UpsideDownHouseMelaka via Facebook
  • Skytrex Adventure, Melaka
Kredit: @Jalan-JalanMakanAngin via Facebook
  • The Shore Sky Tower, Jalan Persiaran Bunga Raya
Kredit: @Travelog.com via Facebook
  • The Shore Oceanarium, kampung Bunga Paya Pantai
Kredit: @OhSedapKer via Facebook
  • Muzium Baba dan Nyonya, Jalan Tun Tan Cheng Lock
Kredit: @PolisMelaka via Facebook
  • Bayou Lagoon Water Park, Bukit Katil
Kredit: @BayouLagoonParkResort via Facebook
  • Zoo Melaka, Ayer Keroh
Kredit: @ZooMelaka&TamanBurung via Facebook
  • Melaka River Cruise, Melaka
Kredit: @tourismmalaysia via Facebook

Korang boleh membuat pilihan untuk melancong bersama keluarga tersayang dan menginap di tempat yang selesa. Selain itu, boleh menempah tiket awal sama ada hendak ke Rumah Terbalik Melaka, River Cruise atau Bayou Lagoon Water Park sementara harga masih murah.

Tidak lupa juga, korang dapat menikmati makanan-makanan tradisional dan moden yang lazat di Melaka seperti cendol, nyonya kuih, satay celup, chicken rice ball dan asam pedas.

Pulau Pinang

Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang yang menjadi destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan senang untuk dijumpai melalui Lapangan Terbang Antarabangsan Pulau Pinang.

Berikut beberapa tempat menarik di Pulau Pinang yang anda perlu kunjungi ke dalam senarai untuk dilawati apabila merancang percutian ke sana:

  • Muzium WonderFood, George Town
Kredit: @wonderfoodmuseumpenang via Facebook
  • Audi Dream Farm, Balik Pulau
Kredit: @AudiDreamFarm via Facebook
  • Entopia by Penang Butterfly Farm, Teluk Bahang
Kredit: @PenangKini via Facebook
  • Escape Theme Park, Teluk Bahang
Kredit: @EscapePenang via Facebook
  • The TOP Komtar, George Town
Kredit: @TheTOP via Facebook
  • Taman Botani, Pulau Pinang
Kredit: @PenangBotanicalGardens via Facebook
  • Penang Street Art, George Town
Kredit: @KakiTravel via Facebook
  • Fort Cornwallis, George Town
Kredit: @FortCornwallis via Facebook
  • Taman Burung Penang, Perai
Kredit: @PenangBirdPark via Facebook
  • Pantai Batu Ferringhi, Pulau Pinang
Kredit: @KementerianPelancongan,SenidanBudayaMalaysia via Facebook
  • Tropical Spice Garden, Teluk Bahang
Kredit: @TropicaSpiceGarden via Facebook

Penang sememangnya menawarkan pengalaman percutian yang unik kepada semua pengunjung dari segi budaya, sejarah, keindahan alam semula jadi yang menakjubkan dan makanan tempatan. Jangan sesekali lepaskan peluang untuk mengunjungi tempat menarik di Penang.

Kedah

Kredit: @naamtravel&tours via Facebook

Langkawi adalah salah satu tempat menarik dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Ia juga dikenali sebagai destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Korang perlu tahu serba sedikit, proses untuk ke Pulau Langkawi untuk persediaan awal. Berikut merupakan tempat menarik yang ada di Kedah ini:

  • Paradise 101 Langkawi, Kedah
  • Pulau Langkawi, Kedah
Kredit: @sapotlokalbiz via Facebook
  • Kolam Air Panas Ulu Lenggong, Baling
Kredit: @ululegonghotspring via Facebook
  • Gunung Jerai, Kuala Muda dan Yam
Kredit: @kedahtourism via Facebook
  • Pantai Merdeka, Kota Kuala Muda
Kredit: @MerdekaBeachResort via Facebook
  • Taman Lagenda, Jeti Kuah
Kredit: @nanhasan via Facebook
  • Skytrex Adventure, Langkawi
Kredit: @skytrexadventure via Facebook
  • AquaPark, Jitra
Kredit: @pakartravel via Facebook
  • UMGAWA Zipline Eco Adventure, Langkawi
Kredit: @UMGAWAlegendaryAdventures via Facebook
  • Taman Rekreasi Changlun, Jitra
Kredit: @TamanRekreasiChanglun via Facebook
  • MnM Whimsical Houses, Changlun
Kredit: @lamanimpian via Facebook

Hal paling penting apabila melancong di tempat yang jauh daripada kawasan rumah. Ibu bapa perlu menempah tempat penginapan, untuk keselesaan dan berehat. Setelah penat memandu ke destinasi yang dituju.

Selangor

Negeri Selangor Darul Ehsan merupakan tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Selangor terbahagi kepada sembilan daerah yang terkenal yang terdiri dari daerah Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabak Bernam, Gombak dan Sepang.

Kredit: @jalan-jalanmakanangin via Facebook

Ramai orang yang tidak sedia maklum di Selangor bukan tempat untuk bekerja sahaja padahal ada tempat menarik untuk berseronok dan isi masa bersama keluarga sekiranya anda tidak mahu memandu jauh.

  • Taman Tema Sunway Lagoon, Subang Jaya
Kredit: @Jalan-JalanMakanAngin via Facebook
  • Zoo Negara, Ampang
Kredit: @ZooNegaraMalaysia via Facebook
  • Farm In The City, Seri Kembangan
Kredit: @FarmInTheCity via Facebook
  • Gold Coast Morib International Resort, Banting
Kredit: @GoldCoastMoribInternational via Facebook
  • Rumah Kebun, Hulu Langat

  • Taman Botani, Shah Alam
Kredit: @TamanBotaniPutrajaya via Facebook
  • Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bahru
Kredit: @Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bahru via Facebook
  • Wet Word Theme Park, Selangor
Kredit: @WetWordThemePark via Facebook

Korang boleh semak dan beli tiket serta-merta secara atas talian serta boleh membuat pengiraan bajet perlancongan sebelum bergerak ke destinasi ini seperti, Taman Tema Sunway Lagoon, Farm In The City atau Wet Word Theme Park. Terdapat juga beberapa homestay dan restoran mudah untuk dijumpai kerana kawasan bandar.

Kredit: @farminthecity via Facebook

Negeri Sembilan

Negeri Sembilan yang kaya dengan adat budaya dan keunikan masyarakat yang terletak pada Adat Perpatih yang diamalkan sejak berzaman dan diperturunkan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

Adat perpatih bermaksud adat yang menimbulkan yang baik dan menghilangkan yang buruk yang ingin ditonjolkan satu peraturan sistematik dan keharmonian masyarakat.

Kredit: @portdickson via Facebook

Negeri Sembilan yang dimaksudkan terdiri daripada sembilan buah negeri iaitu sungai Ujong , Rembau, Johol, Jelebu, Seri Menanti, Inas, Terachi dan Gunung Pasir.

Sedikit sebanyak penerangan tentang Negeri Sembilan, disebabkan oleh ia sebuah negeri yang agak luas dan banyak tempat yang boleh menjadi tumpuan utama untuk melancong seperti:

  • Wild West Cowboy InDoor Theme Park, Port Dickson
Kredit: WildWestCowboyPortDickron via Facebook
  • Pusat Ikan Hiasan, Port Dickson
Kredit: @ILovePortDickson via Facebook
  • Seremban Hill Park, Seremban
Kredit: @PesonaSeremban via Facebook
  • Alive 3D Art Gallery, Port Dickson
Kredit: @Alive3DArtGallery via Facebook
  • Extreme Park PDM, Port Dickson
Kredit: @ExtremeParkPortDickson via Facebook
  • Muzium Replika Astana Raja Melawar, Negeri Sembilan
Kredit: @NADIKotaPekan via Facebook
  • Pantai Teluk Kemang, Port Dickson
Kredit: @OrangeHomeStayPortDicksonTelukKemang via Facebook
  • Pusat Penetasan Penyu, Port Dickson
Kredit: @GloryBeachResort via Facebook
  • Sungai Timun Fireflies, Rembau
Kredit: @Negeri9Macam-macamAda via Facebook
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
Kredit: @NegeriSembilankini via Facebook
  • Dickson Dragon Cruise, Teluk Kemang
Kredit: @platinumcharters via Facebook

Sekiranya ingin ke Dickson Dragon Cruise untuk melihat Sunset Cruise, korang boleh dapatkan tiket atas talian sebelum tiket habis. Banyak juga tempat menarik di Negeri Sembilan ni kan? Tak cukup sehari kalau nak ke semua tempat menarik ni. Korang juga ada pilihan untuk menginap di hotel berhampiran pantai atau hotel yang berada di kawasan Port Dickson di Seremban.

Perlis

Negeri terkecil dengan gelaran kehormatan Perlis Indera Kayangan di Malaysia. Perlis terletak di bahagian utara pantai barat Semenanjung Malaysia dan mempunyai Wilayah Satun dan Songkhla Thailand di sempadan utara.

Perlis kini mempunyai sebuah pulau di perairan iaitu Pulau Batu Layang berhampiran Loji Tenaga Perlis, Kuala Sungai Bharu. Ia juga negeri yang terkenal dengan pusat penyelidikan dan penternakan ular di Sungai Batu Pahat.

Antara tarikan pelancongan utama adalah Gua Kelam dan Taman Negeri Perlis, namun kami akan bawakan lebih lagi tempat yang menarik:

  • Festival Mangga Harum Manis, Perlis
Kredit: @harummanisperlis via Facebook
  • Masjid Terapung Al-Hussain, Kuala Perlis
Kredit: @shoppingpadangbesar&wangkelian via Facebook
  • Galeri Diraja, Arau Perlis
Kredit: @tempatmenarikdimalaysia via Facebook
  • Taman Ular Dan Reptilia, Perlis
Kredit: @Tamanulardanreptilianegeriperlis via Facebook
  • Kuala Perlis
Kredit: @iloveKualaPerlis via Facebook
  • Ladang Burung Unta, Perlis
Kredit: @menarikdijelebu via Facebook
  • Pesta Angin Timur, Perlis

Walaupun secara geografinya negeri Perlis negeri terkecil di Malaysia, tetapi tetap mempunyai banyak daya tarikan pelancongan yang tersendiri.

Destinasi penginapan di Perlis hanya terdapat di lokasi strategik yang boleh anda temui seperti hotel, chalet dan homestay. Tidak menjadi masala untuk mencari penginapan yang ideal di Perlis memandangkan tempat-tempat menarik di Perlis sering menjadi kunjungan pelancong tidak jauh antara satu sama lain.

Kredit: @simpangempatperlis via Facebook

Tiada lagi masalah, setiap kali sampai ke satu tempat. Korang terus buntu hendak ke mana, sedangkan setiap negeri mempunyai lebih daripada sepuluh tempat yang berjaya mengisi masa cuti dengan berkualiti.

Semoga senarai tempat menarik bagi lapan negeri ini, dapat membantu korang membuat penghitungan wang, jarak perjalanan dan aktiviti percutian bersama keluarga tercinta. Korang hendaklah sentiasa berhati-hati walaupun di mana pun berada, keselamatan diri dan keluarga sangatlah penting.

Sumber: Trip.com

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.