Siakap Keli
indonesia layak piala dunia

Indonesia Ada Peluang Layak Ke Piala Dunia 2026

Indonesia Ada Peluang Layak Ke Piala Dunia 2026

Pasukan kebangsaan Indonesia mempunyai peluang cerah layak ke Piala Dunia 2026 yang menyaksikan tiga negara menjadi tuan rumah.

Indonesia menang 2-0 dengan Arab Saudi selepas dibelasah Jepun 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Jika dilihat kepada kedudukan sekarang, Indonesia menduduki tempat ketiga dengan enam mata di belakang Australia dan Jepun.

Hanya dipisahkan 1 mata dengan Australia dan bakal bertemu pasukan The Socceroos pada bulan Mac nanti.

Kali terakhir kedua-dua pasukan ini bertemu, mereka terikat tanpa jaringan di Stadium Gelora Bung Karno.

Bulan Mac nanti pertemuan penting itu bakal berlangsung di Stadium Australia di hadapan penyokong tuan rumah.

Kemudian, Indonesia bakal bertemu Bahrain, China dan Jepun sebagai aksi penutup kelayakan Piala Dunia 2026.

Manakala, Australia akan bertemu China, Jepun dan Saudi dalam tiga aksi terakhir kumpulan C.

Kedua-dua pasukan tidak boleh kehilangan mata jika tidak mahu terlepas slot kedua dalam kumpulan C yang mana Jepun dilihat sudah sebelah kaki ke Piala Dunia.

Bagi Indonesia, perlawanan menentang Australia bakal menjadi penentu sekiranya mengimpikan layak ke pentas tertinggi bola sepak itu.

Secara matematiknya, jika Indonesia berjaya menang ke atas Australia, mereka akan menduduki tempat kedua dengan kelebihan dua mata.

Peluang untuk menang dalam perlawanan dengan Bahrain dan China itu cerah kerana kedua-dua perlawanan bakal beraksi di stadium keramat Indonesia.

Manakala, Australia bakal bertemu China, Jepun dan Saudi yang mana berpotensi kehilangan mata sekiranya seri dan tewas dalam mana-mana perlawanan.

Secara ringkasnya, selepas pertemuan Australia dan Indonesia, kedua-dua pasukan tidak boleh kehilangan mata mudah sekiranya mahu slot automatik ke Piala Dunia.

Sudah bersediakah kita sebagai jiran tetangga untuk menyaksikan musuh tradisi kita melangkah ke pentas Piala Dunia?

BACA: Ini Kata Son Heung-min Tentang Skuad Palestin Usai ‘Ikat’ Korea Selatan 1-1

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.