Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Son Heung-min puji Palestin
Gambar: Stadium Astro

Ini Kata Son Heung-min Tentang Skuad Palestin Usai ‘Ikat’ Korea Selatan 1-1

Hannah

Ini Kata Son Heung-min Tentang Skuad Palestin Usai ‘Ikat’ Korea Selatan 1-1

Pertarungan sengit antara skuad Palestin dan Korea Selatan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Antarabangsa Amman, Jordan, pada Selasa berakhir dengan keputusan seri 1-1.

Skuad Palestin terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi sepakan gol daripada Zaid Qunbar pada minit ke-12.

Jaringan tersebut tampak berjaya mengejutkan pihak lawan meskipun skuad kendalian Makram Daboub itu kurang menguasai keseluruhan aksi.

Di sisi lain, 16 percubaan dan enam rembatan tepat berjaya dihasilkan pasukan Korea Selatan, tetapi ‘dilumpuhkan’ oleh pasukan lawan.

Bagaimanapun, jaringan Heung-min berjaya ‘membenam’ impian skuad Palestin yang terus menghuni tangga tercorot Kumpulan B.

Ini sekali gus menjadikan skuad Korea Selatan kekal menghuni tempat pertama kumpulan dengan diekori rapat skuad Iraq.

Sebelum ini, mereka turut berjaya mengikat skuad Korea Selatan dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan kelayakan di Seoul pada September.

Di tengah-tengah konflik yang melanda tanah air mereka, tidak dapat disangkal bahawa pasukan Palestin ‘tangguh’ di atas padang.

Heung-min mengakui kekagumannya terhadap semangat pasukan Palestin yang masih meneruskan perlawanan dengan begitu luar biasa.

Tidak dapat beraksi di laman sendiri sebaliknya menggunakan gelanggang neutral di negara lain, skuad Palestin pantas mendapatkan pujian.

“Saya ingin memuji mereka.

“Meskipun berada dalam keadaan yang sangat sukar, mereka tetap bersiap sedia dengan baik dan melaksanakan perancangan mereka dengan sangat berkesan.

“Ini adalah sesuatu yang kita boleh pelajari daripada mereka,” ujar kapten skuad Korea Selatan itu.

Pemain berusia 32 tahun itu juga memberikan tepukan sebagai tanda terharu kepada penyokong Palestin selepas tamat perlawanan peringkat ketiga tersebut.

Tambah Heung-min, beliau kecewa kerana pasukannya tidak menang, tetapi mereka pasti akan bangkit lebih baik pada masa akan datang.

Untuk info, dua pasukan teratas dari setiap tiga kumpulan di pusingan kelayakan Asia akan layak secara automatik ke Piala Dunia.

Korea Selatan kini berusaha untuk melayakkan diri ke kejohanan itu buat kali ke-11 berturut-turut.

BACA: Skuad Palestin Anggap Malaysia ‘Rumah Kedua’

BACA: Malaysia Terbuka Kerjasama Dengan Palestin Pulihkan Telekomunikasi Gaza – Fahmi

BACA: Hadiah Paling ‘Besar’ Dari Palestin Sempena Merdeka, Abadikan Nama Malaysia Sebagai Jalan Di Bumi Gaza

Sumber: Irish Independent, Stadium Astro (1) (2)