Siakap Keli
Waktu rehat swasta Johor 2 jam
Sumber: Sinar Harian

Johor: Waktu Rehat Sektor Swasta Pada Jumaat Dilanjutkan Kepada 2 Jam

Johor: Waktu Rehat Sektor Swasta Pada Jumaat Dilanjutkan Kepada 2 Jam

Kerajaan negeri Johor melanjutkan waktu rehat bagi sektor swasta pada Jumaat daripada 1 jam 30 minit kepada 2 jam.

Langkah ini bertujuan membolehkan umat Islam di negeri itu untuk menunaikan solat Jumaat dengan lebih selesa, jelas Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

“Bagi memastikan kemuliaan hari Jumaat terus terpelihara dan umat Islam termasuk yang bekerja di sektor swasta dapat menunaikan kewajipan solat Jumaat dengan selesa.

“Kerajaan negeri ingin membuat ketetapan supaya waktu rehat bagi sektor swasta pada hari Jumaat dilanjutkan daripada 1 jam 30 minit kepada 2 jam,” katanya.

Onn Hafiz memaklumkan perkara ini ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 di Kota Iskandar, pada Khamis.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa bilangan surau termasuk dewan di dalam kawasan sekolah juga akan ditambah.

“Bagi memastikan pelajar-pelajar lelaki yang beragama Islam dapat menunaikan solat Jumaat, Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Jabatan Agama Islam dan Jabatan Mufti akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Ia termasuk menambah bilangan surau termasuk surau atau dewan yang berada di dalam kawasan sekolah yang menepati kriteria untuk diberikan kebenaran melaksanakan solat Jumaat,” katanya lagi.

Pertukaran cuti hujung minggu di Johor mulai 2025

Dalam pada itu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail telah bertitah bahawa cuti hujung minggu di Johor akan ditukar semula kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Januari 2025.

Keputusan ini mendapat perkenan dan restu ke bawah Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim serta mendapat pandangan daripada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).

Untuk info, cuti hujung minggu di Johor pernah ditukar kepada Jumaat dan Sabtu pada 1 Januari 2014 sebagai penghormatan kepada hari Jumaat selaku penghulu segala hari, serta pengiktirafan terhadap Islam sebagai agama rasmi negeri.

Sebelum itu, Johor menggunakan sistem cuti Sabtu dan Ahad sejak 1994 semasa pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar.

Perubahan itu sebelumnya adalah untuk mengembalikan semula cuti hujung minggu asal (Jumaat-Sabtu) yang sejak sekian lama dilaksanakan Johor sebagai sebuah Negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Johor hanya melaksanakan hujung minggu Sabtu dan Ahad bermula tahun 1994, iaitu ketika pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Besar.

BACA: Johor Sedia Pertimbang Kerja 4 Hari Setengah Seminggu Untuk Sektor Awam

BACA: Penjawat Awam Sarawak Terima Bantuan Kewangan Dua Bulan Gaji

BACA: Bayaran Mungkin Dikenakan Untuk Dapat Lesen Memandu Fizikal Tahun Depan – Anthony

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.