Johor Sedia Pertimbang Kerja 4 Hari Setengah Seminggu Untuk Sektor Awam
Johor dilapor bersedia untuk mempertimbangkan pelaksanaan waktu kerja empat hari setengah seminggu bagi sektor awam di negeri itu di masa hadapan.
Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 sebentar tadi.
Kerajaan negeri ketika ini sedang berusaha meningkatkan produktiviti dan menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatannya.
Menurut Onn Hafiz, antara yang dilaksanakan adalah memperkasa perkhidmatan digital dengan penambahan urusan yang boleh dilaksanakan secara atas talian atau online.
Johor sedia pertimbang kerja 4 hari setengah seminggu
Selain itu, kerajaan Johor juga akan memanjangkan waktu operasi perkhidmatan kaunter kritikal untuk terus beroperasi termasuk pada waktu rehat di antara jam 1 tengah hari hingga 2 petang.
Seterusnya, waktu operasi perkhidmatan kaunter di semua jabatan dan agensi kerajaan negeri, kerajaan persekutuan dan pihak berkuasa tempatan akan diseragamkan.
“Sekiranya usaha-usaha penambahbaikan tersebut berjalan dengan baik dan lancar, insya-Allah pada masa hadapan kerajaan negeri bersedia untuk mempertimbangkan cadangan perubahan waktu bekerja kepada empat hari setengah tanpa mengurangkan keseluruhan tempoh jam bekerja untuk sektor awam,” katanya.
Perlu dapat perkenan pemangku Sultan Jobor dan Yang di-Pertuan Agong
Bagaimanapun, beliau berkata pelaksanaan itu perlu terlebih dahulu mendapat perkenan pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dan restu Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
https://www.facebook.com/onnhafizghazi/videos/535432682743532
Terdahulu, kerajaan Johor juga mengumumkan keputusan untuk mengubah semula waktu cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad.
Pelaksanaan cuti hujung minggu baharu itu difahamkan akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2025.
BACA: Sweden & Finland Keluar Panduan Khas, Minta Rakyat Bersiap Sedia Dengan Perang
Sumber: Facebook Onn Hafiz Ghazi