Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bayaran lesen memandu fizikal
Kredit: Bernama

Bayaran Mungkin Dikenakan Untuk Dapat Lesen Memandu Fizikal Tahun Depan – Anthony

Azizah Najib

Bayaran Mungkin Dikenakan Untuk Dapat Lesen Memandu Fizikal Tahun Depan – Anthony

Orang awam berkemungkinan perlu membuat pembayaran jika ingin mendapatkan lesen memandu berbentuk fizikal bermula tahun hadapan, lapor Sinar Harian.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan perkara tersebut ketika berucap di Parlimen Negara hari ini.

“Awal tahun hadapan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal, mungkin mereka kena bayar untuk percetakan tersebut,” katanya.

Langkah itu dilakukan berikutan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih menerima rungutan daripada orang ramai yang mahu mencetak lesen memandu mereka.

BACA: Dendeng & Sambal Nyet Khairul Aming Dapat Sijil Halal JAKIM

Menerusi ucapan yang sama, Loke turut menyampaikan laporan pendigitalan lesen memandu setakat ini.

“Untuk makluman, aplikasi MyJPJ ini telah dimuat turun oleh 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tak sampai 2 tahun yang lalu. Manakala pendaftaran JPJ e-ID (sebanyak) 10.7 juta orang. Maksudnya sekarang ini sekurang-kurangnya lebih 10 juta pengguna yang telah menggunakan MyJPJ ini,” katanya.

BACA: Tun Daim Dilepas Dan Dibebaskan Daripada Pertuduhan Gagal Isytihar Harta

Menurutnya, perkara ini menyokong agenda pendigitalan negara. Jumlah kutipan yang diperolehi menerusi MyJPJ berjumlah hampir RM121 juta.

“Dari segi penggunaannya, setakat ini transaksi pembaharuan cukai jalan ataupun lesen mereka telah mencecah lebih 1 juta transaksi.

“Jadi penggunaan dan juga dari segi membantu keberkesanan orang ramai dan juga jabatan, memang dilihat ada keberkesanannya,” katanya.

BACA: Peniaga Didakwa Pandu Kereta Laju, Sebabkan Kematian Kanak-Kanak Perempuan

Beliau menambah, menerusi pendigitalan ini, penjimatan dapat dilihat dari segi percetakan lesen memandu dan cukai jalan.

“Dari segi pendigitalan ini, (kita) memang tidak akan toleh ke belakang. Kita akan terus melihat apa lagi penambahbaikan yang boleh kita buat supaya proses pendigitalan ini dapat diteruskan. Malah dapat menambah lagi keberkesanan jabatan kerajaan,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengumumkan perolehan kad pengenalan struktur baharu kini dalam fasa akhir, lapor Bernama. Perolehan itu bagi menggantikan kad pengenalan sedia ada dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi dan selamat. Kad pengenalan tersebut turut dipertingkatkan keselamatannya, selari dengan perkembangan teknologi keselamatan terkini.

Sumber: Sinar Harian, Bernama