Ini Perjalanan Kereta Api Terpanjang Di Dunia
Dalam era moden ini, kereta api semakin menjadi pilihan popular bagi perjalanan percutian jarak jauh.
Bukan sahaja kerana kemudahan dan keselesaannya yang bertambah baik, tetapi juga peluang menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.
Bagi sesetengah orang, menaiki kereta api jarak jauh bukan sekadar cara untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain.
Malah, ia adalah satu bentuk percutian unik yang mampu melegakan tekanan, dan ‘melarikan’ diri daripada kebiasaan harian.
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook, Dkh-Kd Haron, berkongsi hasratnya untuk mencuba pengalaman menaiki kereta api terpanjang di dunia.
Perjalanan ini melibatkan landasan sepanjang 18,755 kilometer yang menghubungkan Portugal di Eropah hingga ke Singapura di Asia Tenggara, merentasi 13 negara.
Negara tersebut termasuklah Portugal, Sepanyol, Perancis, Jerman, Poland, Belarus, Rusia, Mongolia, China, Laos, Thailand, Malaysia dan Singapura.
Menariknya, kereta api itu membuat beberapa pit stop di setiap negara yang dilalui, membolehkan penumpang melawat bandar-bandar bersejarah dan menikmati budaya tempatan.

Selain itu, penumpang boleh memilih untuk memulakan perjalanan dari Portugal atau Singapura.
Bagaimanapun, bagi mereka yang ingin mencuba pengalaman ini, terdapat beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian:
- Pasport dan visa: Semua dokumen perjalanan mesti lengkap kerana penumpang akan melintasi banyak sempadan negara.
- Kos tiket: Kos keseluruhan perjalanan dianggarkan sekitar €1,200 (kira-kira RM5,629).
- Penukaran kereta api: Perjalanan ini melibatkan beberapa kereta api yang berbeza, dan penumpang perlu menukar kereta api di stesen tertentu.
BACA: Panduan Bercuti: Top Destinasi Di 8 Negeri Boleh Kunjung Hujung Tahun Ini
BACA: Nak Bawa Anak Tunai Umrah? Ini Persediaan Penting Ibu Bapa Perlu Tahu
BACA: Ini Senarai Hotel Di Jepun Dengan Pemandangan Gunung Fuji
Sumber: Dkh-Kd Haron via Facebook, Prestige