Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

MOM Ucap Tahniah Kepada Norza Atas Pelantikan Sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup BAM
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Majlis Olimpik Malaysia (MOM) merakamkan ucapan tahniah kepada Presidennya Tan Sri Mohamad Norza Zakaria atas pelantikannya sebagai Presiden Kehormat Seumur Hidup Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Pengiktirafan berprestij itu diumumkan oleh Pemangku Presiden BAM Datuk Subramaniam Veruthasalam pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam.
Timbalan Presiden MOM Tan Sri Hamidin Mohd Amin memuji sumbangan transformatif Mohamad Norza kepada badminton Malaysia sebagai Timbalan Presiden dan juga sebagai Presiden BAM selama lebih sedekad.

“Walaupun selepas meletak jawatan sebagai Presiden BAM, Mohamad Norza meneruskan legasinya dengan memulakan penubuhan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Hamidin berkata beliau memainkan peranan penting dalam penubuhan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Asia (OCA), yang merupakan satu daripada sumbangan besar pertamanya sejak dipilih sebagai Naib Presiden OCA pada 8 Sept.
Mohamad Norza meletak jawatan sebagai Presiden BAM pada 24 Ogos, selepas tujuh tahun berkhidmat dengan penuh dedikasi.
Sumber: BERNAMA