Siakap Keli
Ahmad Khan menghembuskan nafas terakhir
Gambar: Bernama TV

Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan Menghembuskan Nafas Terakhir Petang Tadi

Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan Menghembuskan Nafas Terakhir Petang Tadi

Tokoh muzik legenda, Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada usia 92 tahun hari ini, lapor Bernama TV.

Pemergian penggubah lagu itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya Sabariah. Difahamkan, Allahyarham kembali ke Rahmatullah di kediamannya pukul 3.15 petang tadi.

https://x.com/BernamaTV/status/1860626005909819581?t=r2BWbvoajopIgn7-KDfzKA&s=07&fbclid=IwZXh0bgNhZW0CMTAAAR0i0qt_QrxVHGlQ1FFdvO4UASrQpJw5lPQ2CVkKwDU0NvZIlFoagX2rb2g_aem_FQIE9y07Z3kBpxnHaTPN7A

Untuk makluman, Allahyarham merupakan seorang penggubah lagu, pemain muzik, serta penyanyi terkenal di Singapura dan Malaysia.

Tan Sri Ahmad Khan memulakan karier dalam industri seni sejak era 1950-an dan telah menggubah lebih 2,000 buah lagu.

Di anugerahkan gelaran ‘Tan Sri’

Tahun lalu, Allahyarham telah di anugerahkan gelaran ‘Tan Sri’ ketika Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.