Siakap Keli
festival idea putrajaya

Festival Idea Putrajaya Pentas IPT Pamer Produk Inovasi Dan Teknologi Terbaharu

Festival Idea Putrajaya Pentas IPT Pamer Produk Inovasi Dan Teknologi Terbaharu

Festival Idea Putrajaya yang akan berlangsung pada 27 hingga 29 November di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) bakal menjadi pentas bagi warga pendidikan tinggi berkongsi, mencetus dan mengarusperdakanakan idea, pemikiran, inovasi serta teknologi baharu dengan masyarakat.  

Sebanyak 65 produk inovasi dan teknologi terbaharu melibatkan Institusi Pendidikan Tinggi Awam/ Swasta (IPTA/ IPTS) bakal dipamerkan dengan pendekatan 3R iaitu sedia  untuk kerjasama (Ready to Collaborate); sedia untuk dikomersialkan (Ready to  Commercial); dan tersedia untuk komuniti (Ready to Community). 

Produk-produk inovasi yang dipamerkan ini merupakan hasil usaha kolektif yang melibatkan akademia, pelajar dan kerjasama strategik melibatkan lima (5) kluster iaitu:

i. Bakat dan Teknologi

ii. Hospitaliti dan Warisan

iii. Seni Kreatif dan Media

iv. Kesihatan dan Kesejahteraan

v. Pertanian dan Keterjaminan Makanan

Antara produk inovasi dan teknologi terbaharu yang menarik adalah dron-dron bagi  keselamatan; alatan canggih bagi rawatan kesihatan; sistem ramalan dan amaran banjir dan  pelbagai lagi. Selain itu, pengunjung yang hadir sepanjang tiga hari ini juga boleh mengikuti  pelbagai acara menarik seperti perkongsian idea dan pengetahuan dengan sesi panel,  ceramah serta pembentangan daripada pakar bidang.

festival idea putrajaya

Sesi rangkaian atau networking juga bakal berlangsung dengan pengunjung berpeluang untuk  berhubung dengan individu-individu berpengaruh dalam industri tertentu termasuk penyelidik,  usahawan, profesional dan kreatif.  

Selain itu, peluang kolaborasi dan kerjasama juga terbuka luas untuk IPT bersama pemain  industri serta komuniti melalui sesi Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum  Perjanjian (MoA) yang membuka peluang baharu dalam kerjasama antara pelbagai pihak.  

Penganjuran Festival Idea Putrajaya yang julung kali diadakan ini dianjurkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, merupakan satu inisiatif penting dalam usaha merakyatkan idea dan pendidikan tinggi serta mempromosikan Malaysia sebagai pusat wacana intelektual dan inovasi di peringkat serantau dan global.

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.