Siakap Keli
DuitNow Transfer QR Maybank tergendala
Sumber: Maybank

Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer & DuitNow QR Tergendala Sementara Waktu

Maybank: Perkhidmatan DuitNow Transfer & DuitNow QR Tergendala Sementara Waktu

Perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR ke bank lain buat sementara waktu tidak dapat digunakan pada aplikasi MAE, laman web M2U dan M2U Biz (web dan aplikasi).

Untuk sementara waktu, pelanggan dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan IBG (Interbank Giro) bagi sebarang pemindahan dana, menurut kenyataan Maybank.

Selain itu, perkhidmatan DuitNow Transfer dan DuitNow QR dari bank lain ke akaun Maybank juga tidak tersedia buat masa ini.

Walau bagaimanapun, pemindahan wang dan pembayaran QR dari akaun Maybank ke akaun Maybank yang lain masih boleh dilakukan seperti biasa.

Selain itu, perkhidmatan lain pada aplikasi MAE, laman web M2U dan M2U Biz juga berfungsi seperti biasa.

https://x.com/mymaybank/status/1860930697168367774?s=49&t=42xx9ZLObKdYk3IIkiCbWg&fbclid=IwY2xjawGxDCZleHRuA2FlbQIxMAABHX_wo2z_aW-O8Wso6j66tW63ZPvx9JJmont1hwPD_NGqM1BxkVLufAuyWg_aem_s6mBcJHInI0dSnlxbNFYSw

BACA: Festival Idea Putrajaya Pentas IPT Pamer Produk Inovasi Dan Teknologi Terbaharu

BACA: KPKT Prihatin Kebajikan Dan Kesejahteraan Penduduk Kampung Baru, Tidak Pinggir Kepentingan Kaum Lain

BACA: Pengukuhan Ketangkasan Penguatkuasaan KPDN Melalui Strategi Omnipresence Bermula Januari 2025

Sumber: Maybank via X

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.