Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
geran mesin jpj
Gambar: Bernama & Sazlina Saiful
Tiada Kategori

Ramai Belum Tahu Geran Kenderaan Boleh Diambil Di Mesin JPJ, Ini Caranya

Nur Alissa

Ramai Belum Tahu Geran Kenderaan Boleh Diambil Di Mesin JPJ, Ini Caranya

Setiapkan kenderaan yang berada di atas jalan raya perlu memiliki geran pemilikan kenderaan yang sah. Slip ini sebagai pengesahan kenderaan tersebut dimiliki oleh individu ataupun mana-mana syarikat.

Bagi mereka yang mempunyai kenderaan sendiri, pasti tahu betapa pentingnya untuk memiliki geran kenderaan ini.

Jadi, ramai yang menyimpan salinan fizikal ini untuk tujuan dan urusan penting pada masa akan datang. Bagaimanapun, kadangkala salinan mudah hilang ataupun rosak.

Untuk mempunyai salinan ini semula, pemilik kenderaan perlu ke penjabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhampiran untuk proses ini.

Tetapi, kadangkala proses ini mengambil masa yang lama kerana perlu menunggu giliran untuk bertemu dengan kakitangan JPJ di kaunter.

Tahu tak, sebenarnya anda boleh sahaja print semula salinan geran pemilikan kenderaan di mesin JPJ atau menerusi aplikasi MyJPJ?

Hari ini SK bawakan perkongsian seorang pengguna Facebook, Sazlina Saiful yang telah berkongsi info tentang cara pengambilan geran kenderaan melalui mesin JPJ di bawah.

Cara Penggunaan Mesin JPJ

geran kenderaan
Gambar: Facebook Sazlina Saiful

Benda baru bagi saya, mungkin orang lain dah lama tahu.

Mudah rupanya ambil sijil pemilikan geran kenderaan di JPJ, tak perlu pergi kaunter.

Bagi mereka yang macam saya, tak tahu cara nak dapatkan salinan geran kenderaan, tanpa perlu isi borang, anda boleh pergi dekat mesin JPJ dan boleh ikut cara ini.

1. Tekan bahasa, masukkan kad pengenalan dan guna fingerprint.

2. Kemudian pilih salinan kenderaan, masukkan nombor pendaftaran plat kenderaan.

3. Bayaran dikenakan sebanyak RM20, bayaran hanya boleh gunakan kad ATM bank sahaja.

4. Tunggu sehingga salinan siap di proses, akan keluar di box dan siap.

geran kenderaan mesin jpj
Gambar: Facebook Sazlina Saiful

Senangkan? simpan dalam fail supaya tak hilang.

Moga bermanfaat.

Sumber: Sazlina Saiful

BACA: Boleh Ke Gunakan Duit Sumbangan Orang Ramai Untuk Pengurusan Jenazah? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

BACA: Kasut Pilihan ‘Pelari’, Ini Asal-Usul Terciptanya Jenama ASICS Yang Ramai Tak Tahu

BACA: Mahu Derma Buah Pinggang Untuk Anak, Netizen Sebak Bapa Sanggup Berhenti Merokok