Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Atlet Malaysia bwf finals
Gambar: Bernama

Ini Senarai Atlet Malaysia Yang Layak Ke BWF World Tour Finals 2024

Iqbal Yasir

Ini Senarai Atlet Malaysia Yang Layak Ke BWF World Tour Finals 2024

Kurang dari 15 hari sebelum berlangsungnya Siri Jelajah Dunia (World Tour) kejohanan badminton anjuran Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) peringkat akhir, yang bermula 11 hingga 15 Disember ini.

Debaran kian terasa buat peminat sukan badminton tanah air menyaksikan siapakah atlet yang bakal merebut gelaran juara bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

Dengan format, lapan pemain terbaik dari setiap kategori bakal berentap di peringkat akhir, siri kali ini menyaksikan Hangzhou, China merupakan tuan rumah pada kejohanan ini.

Susulan itu, nama-nama atlet khususnya dari negara kita menjadi perhatian ramai. Siapakah yang layak ke peringkat akhir?

Senarai Atlet Malaysia Yang Layak

Untuk makluman, seramai enam wakil negara dari setiap kategori bakal bersaing merebut gelaran ini kecuali wakil dari perseorangan wanita.

Berikut senarai pemain Malaysia yang layak;

1. Lee Zii Jia (Perseorangan Lelaki)

Atlet Malaysia bwf finals
Gambar: Bernama

Menurut laman rasmi pertandingan itu, Zii Jia menduduki tempat ke-6 dengan mengumpul 74,940 mata.

Sepanjang tahun ini, pemain asal Kedah itu merangkul tiga kejohanan iaitu Terbuka Thailand (juara) dan Australia (juara) dan Malaysia Masters (naib juara).

2. Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani (Beregu Lelaki)

Gambar: Bernama

Berada dalam prestasi terbaik, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik kategori itu.

Mereka berjaya mengumpul 78,780 mata (tempat ke-4) selepas menjuara Terbuka Artic, Jepun dan China.

3. Aaron Chia-Soh Wooi Yik (Beregu Lelaki)

Atlet Malaysia bwf finals
Gambar: Bernama

Turut mengikuti jejak langkah cemerlang Fei dan Izzuddin adalah Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang berjaya menempatkan diri di tempat ke-7 dengan 68,780 mata.

Beregu lelaki negara itu berjaya menjuarai Terbuka Korea (Super 300) dan naib juara All England pada tahun ini.

BACA: “Dah Dekat Disember…”, Salah Kecewa, Masih Tiada Apa-apa Tawaran Dari Liverpool

4. Pearly Tan-M.Thinaah (Beregu Wanita)

Gambar: Bernama

Bukan sahaja layak ke peringkat separuh akhir Olimpik baru-baru ini, Pearly Tan-M.Thinaah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir kejohanan BWF World Tour Final 2024.

Mereka menduduki tempat ke-5 dengan pungutan mata 77,500.

Tahun ini boleh dikatakan tahun cemerlang buat beregu wanita negara itu selepas menjuarai Terbuka Hong Kong dan naib juara Terbuka Korea dan Artic.

5. Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (Beregu Campuran)

Atlet Malaysia bwf finals
Gambar: Bernama

Dalam kategori ini, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie berada di tempat ke-2 dengan pungutan mata 81,040.

Beregu campuran itu yang juga pasangan suami isteri berjaya menjuarai Terbuka Malaysia Masters (Super 500) dan Terbuka Switzerland (Super 300) selain naib juara kejohanan Super 1000, Terbuka China.

6. Chen Tang Jie-Toh Ee Wei (Beregu Campuran)

Gambar: Bernama

Di kedudukan ke-4 adalah Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang juga wakil negara dalam kejohanan itu.

Mereka berjaya memungut mata 76,280 selepas muncul juara Terbuka Korea (Super 500) manakala naib juara Terbuka Thailand dan Terbuka Switzerland.

Semoga berjaya mengharumkan nama Malaysia!

Sumber: BWF World Tour Final 2024

BACA: Pang Ron-Su Yin Lonjak 5 Anak Tangga Dalam Ranking BWF