Siakap Keli
Lelaki Tertua Meninggal Dunia
Gambar: Guinness World Records

Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 112 Tahun

Lelaki Tertua Di Dunia Meninggal Dunia Pada Usia 112 Tahun

LONDON — Lelaki tertua di dunia, John Tinniswood dilaporkan meninggal dunia pada usia 112 tahun.

Menurut hantaran Guinness World Records (GWR), John yang juga pemegang rekod lelaki tertua dunia itu meninggal dunia di sebuah rumah jagaan di Southport, England semalam.

“John memiliki banyak sifat yang baik. Dia bijak, tegas, berani, tenang dalam apa jua keadaan, berbakat dalam matematik dan seorang yang hebat dalam berbual,” kata keluarganya kepada Guinness World Records.

https://www.facebook.com/GuinnessWorldRecords/posts/pfbid0gsmnFcc1qDe9HPCZX3zeVNyPZzgFrtyAu14sEpWRDB2uaEAMpKrqfKeigYVK1g47l

Seusia tenggelamnya kapal Titanic

Gambar: Guinness World Records

Dilahirkan pada 26 Ogos 1912 di Liverpool, mendiang telah memegang rekod sebagai lelaki tertua di dunia sejak April 2024, selepas kematian Juan Vicente Pérez, 114 tahun dari Venezuela.

John telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1942 bersama isterinya, Blodwen dan dikurniakan seorang anak perempuannya, Susan bersama empat cucu dan tiga cicit.

Bagaimanapun, pada tahun 1986, isterinya telah meninggal dunia.

Menariknya tentang John, dia menerima kad ucapan hari lahir setiap tahun daripada mendiang Ratu Elizabeth dari usianya 100 hingga 110 tahun, sebelum Ratu Elizabeth mangkat pada tahun 2022.

Lahir Pada 1909, Lelaki Tertua Di Dunia Dilapor Meninggal Dunia

Sebelum ini, SK melaporkan Juan Vicenta Perez Mora pemegang rekod lelaki tertua sebelum ini, juga bapa kepada 11 anak, 41 cucu dan 30 cicit itu meninggal dunia pada Selasa di Tachira, Venuzuela.

Menurut AFP, berita kematian mendiang turut dikongsikan oleh Presiden Venuzuela sendiri, Nicolas Maduro melalui satu hantaran di platform X.

Pada 4 Februari 2022, Perez secara rasmi diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia oleh Rekod Dunia Guiness. Ketika itu, mendiang berusia 112 tahun dan 253 hari.

Perez yang dikenali sebagai “Tio Vicente” dilahirkan pada 27 Mei 1909 dan merupakan anak kesembilan daripada 10 orang adik-beradik.

Mendiang menghabiskan lebih lima dekad usianya sebagai seorang petani dan sumber pendapatan utamanya membesarkan keluarga.

Sumber: Guinness World Records

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.