Siakap Keli
Zulkifli Ismail sleep apnea
Sumber: Sinar Harian

Pelakon Veteran Zulkifli Ismail Jalani Ujian ‘Sleep Studies’ Akibat Sleep Apnea

Pelakon Veteran Zulkifli Ismail Jalani Ujian ‘Sleep Studies’ Akibat Sleep Apnea

Bimbang dengan masalah gangguan pernafasan semasa tidur atau sleep apnea, pelakon veteran Zulkifli Ismail memutuskan untuk menjalani ujian ‘sleep studies’.

Menerusi perkongsian di media sosial pada Selasa, aktor berusia 61 tahun itu memaklumkan beliau telah menjalani prosedur tersebut di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

“Alhamdulillah. Pagi tadi saya selesai menjalani prosedur sleep studies dan dibenarkan balik. Minggu depan jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian.

Sleep studies dilakukan kerana saya sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur atau sleep apnea. Ini termasuklah nafas terhenti beberapa kali sepanjang malam ketika tidur,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Difahamkan, prosedur sleep studies ini bertujuan mengesan berapa kali pernafasan terganggu, kekerapan beliau terjaga dan tempoh masa diperlukan untuk kembali tidur selepas gangguan.

Dalam masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi watak DSP Razlan dalam drama Gerak Khas itu turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan saya,” katanya.

BACA: Mahkamah Agama Indonesia Putus Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian Tidak Sah

BACA: Fattah Amin Kini Ketua Eksekutif Pemasaran Pak Mat Western

BACA: Jatuh Bilik Air, Mak Engku Patah Tulang Leher

Sumber: Sinar Harian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.