Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
rider ziarah kubur
Kredit: Su Ahmad
Tiada Kategori

Rindu Tak Bertepi, Kisah “Rider” Baring Di Sisi Pusara Ibu Buat Ramai Sebak

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Rindu Tak Bertepi, Kisah “Rider” Baring Di Sisi Pusara Ibu Buat Ramai Sebak

Pemergian insan yang melahirkan, membesarkan dan menjaga kita amat meruntun jiwa. Tiada insan lain dapat mengganti kekosongan jiwa yang dirasai tatkala kehilangan seorang ibu. Belaiannya, santunnya, didikannya sentiasa terngiang.

Kerinduan pada raut wajah ibu tidak dapat diubati dengan menghantar doa.

Mungkin itulah yang dirasai oleh seorang penghantar makanan (rider) yang kerap kali menziarahi kubur ibunya.

Menerusi muat naik di laman Facebook oleh Su Ahmad yang tular sejak beberapa hari lalu, pemuda ini dilihat sentiasa datang menziarahi kubur ibunya.

“Selalunya kalau saya ke sini, pagi ke petang ke, dia ada datang ziarah kubur ibu dia. Kalau datang siap bawak air teh ikat tepi. Lama dia bersila tepi kubur ibu dia,” kongsi Su.

BACA: Nak Bawa Anak Tunai Umrah? Ini Persediaan Penting Ibu Bapa Perlu Tahu

Difahamkan, rider ini kehilangan ibunya akibat kemalangan.

“Anak-anak saya cerita, dia memang hari-hari ziarah kubur ibu dia yang meninggal sebab kena langgar. Ibunya penjual nasi lemak di Bangi ni juga.

“Rupanya masa saya dalam iddah, anak-anak saya kan ziarah kubur Baba depa, jadinya rider FP ni pun bertanya kot. Itu yang budak-budak ni tahu kisah dia.

“Ibu rider ni meninggal sebulan lebih selepas suami saya dikebumikan di situ,” tambahnya.

Ketika gambar ini dimuat naik, wanita berkenaan dalam tertanya-tanya keberadaan rider tersebut yang sudah sekian lama tidak kelihatan menziarahi kubur ibunya.

“Susah hati saya dibuatnya. Dah sebulan lebih saya tak nampak anakanda ni,” ujarnya.

BACA: Kain Kafan Ibu Tak Hancur Selepas 12 Tahun Dikebumi

Dalam pelbagai andaian menerjah, Su turut mengutus doa buat kesejahteraan rider berkenaan.

“Hari ni saya tunggu lagi budak ni. Tapi tak nampak-nampak. Manalah dia pergi. Harapnya dia sihat. Saya cuba bersangka baik, mungkin dia dah masuk universiti mana-mana. Mungkin jauh, tu tak datang-datang tu.

“Semoga Allah sentiasa merahmati dia dan memudahkan urusan dunia dan akhirat dia. Nampak baik budaknya, walaupun saya tak pernah bersembang dengan dia. Cara dia santuni kubur ibu dia pun, boleh tahu macam mana akhlak dia,” luah Su.

Sementara itu, rider terbabit yang dikenali sebagai Abdul Azim telah mengesahkan gambar tersebut merupakan dirinya yang sedang berbaring di sebelah kubur ibunya. Dalam satu temubual bersama SK, Azim berkata dia tidak mengetahui dirinya menjadi perhatian warga maya sehingga diberitahu oleh rakan-rakan.

Anak kedua dari empat adik-beradik itu sering ke kubur ibunya berikutan berasa rugi jika tidak ke sana.

“Kalau kubur jauh tak apa, yang dekat ni kalau tak pergi rugi kan,” ujarnya.

BACA: Anak Beri Hadiah “Smartphone”, Reaksi Ayah Curi Tumpuan Ramai

Tambahnya lagi, kehilangan yang dirasai masih belum terubat membuatkan dirinya sering menziarahi pusara ibu.

“(Rasa) okay tu dah tak ada, yang ada cuma kaki yang dipaksa untuk langkah dan bergerak. Kadang-kadang hujan pun saya redah. Cuma pintu tutup saya tak masuklah. Nanti kena halau,” luahnya.

Ketika ditanya berkenaan bapanya, Azim mengakui bapanya masih meneruskan perniagaan menjual nasi lemak di tepi jalan dan pasar malam biarpun pasangannya sudah tiada.

“Abi macam tu lah, lelaki kan tak suka tunjuk. Nampak macam tak ok tapi dalamannya hanya dia yang tahu. Ya, abi masih teruskan (berniaga) walaupun dah cuba larang. Tapi lelaki biasalah kan. Kalau nak buat tetap nak buat. Abi pergi meniaga dengan adik perempuan,” kongsinya.

Menerusi perkongsiannya, Azim turut berkongsi kisah menyayat hati yang meragut nyawa ibunya pada 7 Jun lalu.

“Umi kemalangan motor, balik dari beli barang niaga. Akibat dari seorang Pakistan yang melintas jalan kaki di tengah jalan raya yang sibuk. Tambahan pula, ketika itu orang sibuk ambil anak sekolah, pergi solat Jumaat,” katanya.

Menjengah ke laman TikTok milik rider tersebut, semenjak kehilangan ibunya, hampir kesemua video yang dimuat naik meluahkan kerinduan seorang anak terhadap insan yang melahirkannya.

Sumber: Su Ahmad, Abdul Azim