Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Tahan Bekas Peserta Rancangan Lawak Disyaki Rogol Gadis
JOHOR BAHRU, 28 November (Bernama) — Polis menahan seorang bekas peserta program realiti komedi terbitan sebuah stesen televisyen berbayar tempatan sekitar sini awal pagi ini, kerana dipercayai merogol seorang gadis berusia 20-an.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat ketika dihubungi mengesahkan penangkapan suspek berumur lingkungan 40-an itu, yang kini direman hingga 2 Dis bagi membantu siasatan.
“Polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.
Beliau berkata jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dan sebatan.
BACA: Strok Haba Dikenal Pasti Punca Kematian Pelatih Palapes UiTM
BACA: Polis Selamatkan Remaja Perempuan Diculik Sekumpulan Individu
BACA: Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Mayat Wanita Dalam Peti Sejuk
Sumber: Bernama