Siakap Keli
Macam mana 12.12 jadi hari shopping
Gambar: Freepik

Rupanya Ini Macam Mana “12.12” Boleh Jadi “Hari Shopping Paling Kaw” Sedunia

Rupanya Ini Macam Mana “12.12” Boleh Jadi “Hari Shopping Paling Kaw” Sedunia

Hujung tahun dah tiba, dan korang tahu apa maksudnya, kan? Ia bukan sekadar cuti panjang atau countdown ke tahun baru.

Tapi, dalam kalendar seorang ‘shopaholic’, tarikh 12 Disember atau “12.12” adalah saat yang paling dinanti-nantikan, terutamanya oleh ‘kaki jimat’ di seluruh dunia.

Bayangkan, pusat beli-belah penuh dengan ‘bendera merah’ bertulis “SALES” yang seolah-olah ‘melambai’, buat ramai tak senang duduk.

Telefon bimbit pula tak henti-henti masuk notifikasi, bermula dari aplikasi shopping kegemaran korang sampai e-mel bertajuk “Flash Sale Hanya 24 Jam”.

Tak cukup dengan tu, promosi kaw-kaw ni datang sekali dengan free shipping, hadiah percuma, voucher diskaun dan macam-macam lagi. Mana tak seronok, kan?

Kalau “11.11” dianggap ‘hidangan utama’, mungkin “12.12” ni boleh dikatakan ‘pencuci mulut’ yang sempurna sebelum tahun melabuhkan tirainya.

Waktu inilah musim sales besar-besar, peluang terakhir untuk semua orang memborong barang ‘keperluan’ dan ‘kehendak’ masing-masing.

Tapi, waktu korang tengah sibuk ‘add to cart’ tu, pernah tak korang terfikir, macam mana sebenarnya “12.12” boleh jadi satu fenomena luar biasa macam sekarang?

Mesti ramai tak sangka, rupa-rupanya inilah permulaan kisah “12.12”

Menurut Times of India, “12.12” atau “Double Day” ni sebenarnya ada kaitan dengan “Singles Day” yang diraikan di China.

Singles Day atau “11.11” mula diraikan pada tahun 1993 di Universiti Nanjing, China, yang pada mulanya dikenali sebagai “Bachelor’s Day”.

Ketika ini, individu yang masih bujang akan meraikan diri mereka dengan membeli hadiah dan sertai aktiviti sosial bersama rakan-rakan.

Awalnya, sambutan ni langsung tak ada kaitan dengan e-dagang atau ekonomi internet.

Tapi, semuanya berubah apabila syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba, mengambil alih konsep ini.

Alibaba mengubah 11 November atau “11.11” menjadi hari yang penuh dengan diskaun dan promosi hebat.

Dengan hanya 27 jenama pada tahun pertama, Jack Ma dan syarikatnya menjadikan Singles Day sebagai Double 11 Sale Day.

Kejayaan yang luar biasa Alibaba membuatkan platform e-dagang lain turut serta, termasuklah Shopee.

Kebanyakan mengambil kesempatan daripada jualan bertarikh dua angka seperti “9.9”, “10.10” dan “12.12” sebagai hari untuk mengaut keuntungan.

BACA: Ini Bahaya Buang Ubat-Ubatan Sesuka Hati Dalam Tong Sampah Atau Sinki

BACA: Banyak Benda Kena Cakna, Ini Tip Persediaan Untuk Mendaki Gunung Kinabalu

BACA: Video 27 Saat Ini Ambil Masa Hampir Setahun Untuk Siap ‘Sempurna’

Sumber: Times of India, LOCAD

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.