Video 27 Saat Ini Ambil Masa Hampir Setahun Untuk Siap ‘Sempurna’
Siapa sangka, sebuah video berdurasi hanya 27 saat memakan masa hampir setahun untuk siap ‘sempurna’?
Orang ramai biasanya hanya ‘melihat apa yang dilihat’, tanpa tahu kisah di sebalik karya yang tercipta.
Begitu juga dengan Duncan McCabe, seorang lelaki yang berjaya mencuri perhatian ramai menerusi video ‘ringkas’ miliknya yang kini tular di media sosial.
Dalam video tersebut, McCabe menggunakan aplikasi penjejak senaman, Strava, untuk mencipta seni unik berbentuk figura kayu (stick figure) di peta bandar Toronto.
Apa yang menjadikan projek ini luar biasa adalah ia dihasilkan menerusi 121 larian yang dirakam sepanjang 10 bulan.
“Menghasilkan seni animasi Strava di jalan-jalan Toronto. Ini memerlukan 121 larian dari Januari hingga Oktober 2024,” tulis McCabe dalam kapsyen videonya.
@duncan77mccabe Strava art animation through the streets of Toronto! This took me 121 runs from January to October 2024. #strava #running #toronto #purplehat #active #run #Canada #motivation #madden25 #ncaa #purple #hat #sofitukker #sofi #tukker
Setiap larian dirancang dengan begitu teliti bagi memastikan laluan yang diambil menyerupai figura kayu lengkap dengan topi.
Lebih menarik, laluan-laluan ini disusun semula dalam bentuk tangkapan skrin (screenshot) yang kemudian dikompilasi menjadi sebuah video pendek berdurasi 20 saat di TikTok.
Hasilnya, figura kayu berwarna jingga kelihatan seolah-olah menari di atas peta kejiranan McCabe.
Selain itu, video tersebut turut diiringi muzik berentak tetap yang menyelaraskan pergerakan figura kayu, menjadikan keseluruhan hasil seni itu memukau mata penonton.
Pose figura kayu ini berubah sedikit demi sedikit dalam setiap sesi larian, memberikan kesan seperti animasi bergerak apabila semua laluan disusun dengan teratur.
BACA: Mat Saleh Terkejut Dengan ‘Gaya Hidup’ Masyarakat Malaysia
Menurut The Latin Times, McCabe bukanlah orang baru dalam ‘seni kreatif’ seperti ini.
Sebelumnya, pada musim panas 2023, beliau pernah mencipta pelbagai bentuk lain seperti dinosaur, jerung dan huruf-huruf yang mengeja nama “Toronto” menggunakan teknik sama di aplikasi Strava.
@duncan77mccabe I turned my summer runs into Strava app animations. 🦖🦒🦝🐳🦈 #Toronto #running #strava #run #stravarun #stravaart #summer #dinosaur #raccoon #giraffe #whale #narwhal #shark #foryou #tiktokchallenge #tiktok #funny #fun #tiktokcomedy #comedyvideo #adventure #lol #fitness #workout #healthy #motivation #lifestyle #animals #animalsoftiktok #video
Menjengah ke ruangan komen, karya McCabe membuatkan ramai kagum dengan ada yang menyifatkannya sebagai ‘seni moden yang tak disangka-sangka’.
Kini, para peminat tidak sabar menantikan hasil kreatif seterusnya daripada siri seni larian McCabe yang pasti lebih menarik dan menghiburkan.
BACA: Gelagat ‘Aunty’ Bantu Wanita Rakam Momen Bersama Keluarga Tuai Pujian
Sumber: The Latin Times, TikTok @duncan77mccabe