Mat Saleh Terkejut Dengan ‘Gaya Hidup’ Masyarakat Malaysia
Masalah berat badan berlebihan dah lama jadi topik ‘panas’ di Malaysia.
Ini semakin membimbangkan, terutamanya apabila kira-kira 11 juta orang kini mengalami berat badan berlebihan dan obes.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 menunjukkan bahawa 54.4 peratus rakyat dewasa Malaysia mengalami berat badan berlebihan.
Angka ini merupakan peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding 50.1 peratus pada tahun 2019.
Baru-baru ini pula, Malaysia muncul sebagai negara kedua di Asia Tenggara yang mempunyai bilangan rakyat yang tinggi dengan masalah obesiti mengikut data The World Factbook oleh Central Intelligence Agency dari tahun 2016 hingga 2024.
BACA: Pernah Tular Puji Rakyat Malaysia Sentiasa Gembira, Kini Minah Saleh Luah Rasa ‘Kecewa’ Pula Bila Jejak Muzium Kesenian Islam
Terkejut dengan ‘kenyataan’ ini, seorang pelancong akhirnya memutuskan datang ke Malaysia untuk melihat sendiri pemakanan dan gaya hidup masyarakat.
Dalam video itu, dia sebenarnya berkongsi pengalaman ‘bercuti’ ke negara dengan kadar obesiti paling rendah (Vietnam) dan negara dengan kadar obesiti tertinggi (Malaysia).
“Mengembara dari negara yang ‘paling kurus’ kepada ‘paling gemuk’ di Asia,” katanya.
@alexwandersyt Travelling from the skinniest to the fattest country 🤯 #vietnam #malaysia #food
Di Vietnam, kadar obesiti hanya 2 peratus, dan ini tak mengejutkan bagi pelancong tersebut.
“Makanan mereka segar dan sihat, rendah kalori, penuh dengan sayur-sayuran dan kaya dengan protein tanpa lemak.
“Gaya hidup mereka sangat aktif. Pergi ke pantai seawal pukul 6 pagi, anda akan nampak ramai orang berjoging, berlari dan buat yoga,” jelasnya.
Sebaliknya, apabila tiba di Malaysia, pelancong tersebut terkejut melihat kadar obesiti yang tinggi, iaitu 54 peratus.
Melalui pemerhatiannya sepanjang berada di ibu kota, dia mula memahami sebab Malaysia sering dikaitkan dengan gelaran negara dengan kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara.
“Kadar obesiti di sini sangat mengejutkan. Makanan segera, minuman bergula dan makanan diproses ada di mana-mana. Malah, mereka tambah gula dalam salad.
“Ini juga salah satu negara yang paling kurang mesra pejalan kaki yang pernah saya lawati. Nak melintas jalan di Kuala Lumpur pun satu cabaran besar,” jelasnya.
BACA: Gelagat ‘Aunty’ Bantu Wanita Rakam Momen Bersama Keluarga Tuai Pujian
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia mengakui kebenaran di sebalik pandangan pelancong tersebut.
“Pesan kopi atau teh kurang gula pun takde bezanya, dan minuman zero calorie pun tak banyak dijual di kebanyakan tempat makan,”
“Betul tu. Pukul 2 pagi ‘melantak’ roti canai dengan nasi lemak,”
“Nangis tengok video ni sambil makan nasi briyani,”
“Saya tengah tengok video ni sambil makan second Ramly burger daging double special saya,”
“Dekat Malaysia pun ramai yang pergi pantai pagi-pagi – untuk makan,”
Namun, apa yang menarik, pelancong tersebut juga meminta cadangan tempat terbaik untuk mendapatkan tiga makanan popular Malaysia.
“Boleh tak sesiapa cadangkan tempat-tempat best di KL untuk makanan ni? 1) Ramly burger, 2) Nasi lemak, 3) Satar ikan,” pintanya di ruangan komen.
BACA: Peguam Harvard Bongkar Dakwaan Lokasi ‘Pangkalan Alien’ Di Bumi
Sumber: TikTok @alexwandersyt