Peguam Harvard Bongkar Dakwaan Lokasi ‘Pangkalan Alien’ Di Bumi
Alien, makhluk asing yang sering dikaitkan dengan angkasa lepas, terus menjadi misteri yang belum terungkai.
Sejak kecil, kita biasa melihat gambaran alien dalam filem sebagai makhluk dari planet lain.
Namun, sehingga kini, belum ada bukti kukuh mengenai kewujudan mereka, dan hanya ada dakwaan yang mencetuskan persoalan tanpa jawapan.
Sebenarnya, banyak pertubuhan yang mengeluarkan dana setiap tahun untuk merungkai misteri ini, dan salah satunya adalah National Aeronautics and Space Administration (NASA).
Baru-baru ini, NASA melancarkan misi bernilai £4 bilion (kira-kira RM22.7 bilion) untuk mencari tanda-tanda ‘kehidupan asing di bulan.
Difahamkan, penemuan ini dijangka dapat memberikan kefahaman baharu tentang kehidupan di planet kita sendiri.
Mungkin ramai tak tahu, selain meneroka angkasa, NASA turut mengkaji lautan untuk memahami lebih mendalam tentang kehidupan di bumi.
BACA: Gelagat Nenek 80-an Jadi “Model” Curi Perhatian Warga Maya
Dalam perkembangan mengejutkan, seorang peguam dari Harvard, Daniel Sheehan, membuat dakwaan berani mengenai lokasi ‘pangkalan alien’ di bumi.
Daniel telah bekerjasama dengan The Disclose Project, sebuah organisasi yang telah berdiri lebih 30 tahun yang lalu.
Matlamat organisasi ini adalah untuk mendedahkan kerajaan Amerika Syarikat tentang Unidentified Anomalous Phenomena (UAP) iaitu pengetahuan tentang UFO.
Menurut Daniel, UFO telah dilihat ‘keluar masuk’ lokasi yang dipercayainya merupakan pangkalan mereka.
“Makhluk ini mempunyai pangkalan di planet kita berdekatan pergunungan terpencil di mana mereka jauh dari pemerhatian orang ramai serta di bawah dasar laut,” ujarnya.
BACA: Wanita Kongsi Video Sambutan Hari Lahir Abah, Bikin Warga Maya Sebak
Daniel mendakwa bahawa pangkalan alien tersebut berada di Pulau Guadalupe atau Isla Guadalupe.
“USS Nimitz yang ditempatkan di sana telah memantau aktiviti mereka, dan lebih 100 UFO sudah kelihatan memasuki dan keluar dari angkasa ke bawah air,” tambahnya lagi.
Menariknya, nelayan di Pulau Guadalupe turut berkongsi terlihat cahaya terang terapung di langit, mendakwa ia adalah penampakan UFO.
@javiergonzalez3312 “¡OVNIS en Isla Guadalupe?! Durante mi transmisión en vivo, poco despues de que la luz del pueblo se apagó. aparecieron 3 objetos voladores no identificados. ¿Drones,aviones, o algo más? Dejame saver tu opinon en los comentarios. #OVNI #IslaGuadalupe TiburónBlanco” #jaimemaussan @JaimeMaussanOficial
Ini semakin ‘hangat’ diperkatakan di media sosial, lebih-lebih lagi kerana pulau itu terletak jauh dari bandar, bebas daripada pencemaran cahaya yang mungkin menyebabkan ‘ilusi optik’.
Untuk info, Pulau Guadalupe merupakan pulau gunung berapi yang terkenal dengan aktiviti menyelam bersama jerung.
Akan tetapi, pada 2023, kerajaan Mexico telah menutup pulau tersebut kepada orang awam dan kini, pulau ini hanya mempunyai populasi kurang daripada 150 penduduk.
Penduduk pulau ini pula terdiri daripada hanya saintis, tentera dan nelayan.
Bagaimanapun, setakat ini tiada lagi pengesahan yang kukuh mengenai dakwaan peguam Havard itu.
BACA: Remaja Lelaki Jaga Ibu Strok Di Wad Raih Doa Ramai
Sumber: LAD Bible, JAVI Isla Guadalupe via TikTok