Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
monsun
Sumber: MET Malaysia

Ini Penyebab Berlakunya Monsun Yang Ramai Tak Tahu

Nur Alissa

Ini Penyebab Berlakunya Monsun Yang Ramai Tak Tahu

Malaysia terletak di garisan khatulistiwa, di mana cuacanya dipengaruhi oleh dua angin monsun utama, iaitu Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut.

Monsun Barat Daya bermula pada akhir bulan Mei dan berakhir pada bulan September, sementara Monsun Timur Laut pula bermula pada bulan November dan berlanjutan hingga Mac.

Umum diketahui, kedua-dua monsun ini membawa kesan cuaca yang berbeza.

Monsun Barat Daya cenderung membawa cuaca panas dan kering, manakala Monsun Timur Laut sering kali menyebabkan hujan lebat di Malaysia, terutamanya pada penghujung tahun.

Keadaan ini boleh menyebabkan beberapa kawasan, khususnya negeri-negeri di pantai timur menghadapi banjir besar.

Antara dua monsun ini pula terdapat fasa peralihan monsun, iaitu tempoh peralihan cuaca antara kedua-duanya.

Tetapi, pernahkah anda terfikir, bagaimana kedua-dua monsun yang berbeza ini berlaku?

Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena monsun ini.

Apakah Monsun?

Perkataan “monsun” berasal daripada perkataan Arab “muasim” yang bermaksud musim.

Pedagang-pedagang kuno yang berulang-alik melalui Lautan India dan Laut Arab menggunakan perkataan ini bagi menjelaskan sistem angin yang silih berganti yang bertiup dari arah timur laut semasa musim sejuk di Hemisfera Utara dan dari arah berlawanan iaitu angin barat daya semasa musim panas di Hemisfera Utara.

monsun
Sumber: MET Malaysia

Apakah Yang Menyebabkan Monsun?

Monsun berlaku disebabkan oleh perbezaan suhu di antara daratan dan lautan hasil daripada pemanasan sinaran matahari.

Semasa musim sejuk, kawasan daratan benua menyejuk dengan lebih cepat dan menyebabkan suhu yang amat rendah di Asia Tengah.

Keadaan ini menyebabkan tekanan atmosfera meningkat dan membentuk sistem tekanan tinggi (antisiklon) yang sangat kuat di Siberia.

Akibatnya, udara sejuk bergerak keluar dari Siberia sebagai angin barat laut dan seterusnya bertukar menjadi angin timur laut apabila tiba di perairan pantai China sebelum menuju ke Asia Tenggara.

Dari semasa ke semasa, ledakan udara sejuk yang kuat (luruan monsun) ini saling bertindak dengan sistem tekanan rendah dan pusaran siklon yang terbentuk berhampiran Khatulistiwa, menghasilkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan serta hujan lebat khususnya di pantai timur Semenanjung Malaysia, barat Sarawak dan timur Sabah.

monsun
Sumber: MET Malaysia

Pada musim panas, pemanasan sinaran matahari yang kuat membawa kepada peningkatan suhu di kawasan daratan Asia.

Semasa udara panas mengembang naik, kawasan tekanan rendah separa tetap terbentuk.

Angin tenggara lembap yang berasal dari selatan Lautan Hindi dan rantau Indonesia-Australia bertukar menjadi angin barat daya apabila merentasi Khatulistiwa.

Angin ini seterusnya bergerak merentasi Asia Tenggara sebelum menumpu ke arah Indochina, China dan Barat Laut Pasifik.

monsun
Sumber: MET Malaysia

Ciri-Ciri Monsun

Musim Monsun Timur Laut merupakan musim hujan utama negara kita.

Sistem cuaca monsun yang terbentuk bersama-sama dengan luruan udara sejuk dari Siberia menghasilkan hujan lebat yang sering menyebabkan banjir besar di negeri-negeri pantai timur Semenanjung iaitu negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur, serta negeri Sarawak dan Sabah di Malaysia Timur.

Monsun Barat Daya secara relatifnya adalah lebih kering bagi seluruh negara kecuali negeri Sabah di Malaysia Timur. Pada musim ini, kebanyakan negeri mengalami hujan bulanan minimum, biasanya di antara 100 – 150mm.

Keadaan ini menunjukkan keadaan atmosfera yang stabil di kawasan khatulistiwa. Keadaan kering di Semenanjung Malaysia terutamanya disebabkan oleh kesan lindung hujan oleh banjaran gunung di Sumatera.

Sabah secara relatifnya lebih lembap (melebihi 200mm) akibat daripada kesan ekor dari taufan yang kerap melintasi Filipina semasa perjalanannya merentasi Laut China Selatan dan sekitarnya.

monsun
Sumber: MET Malaysia

Semasa fasa peralihan monsun, angin adalah lemah dan dari perlbagai hala.

Pada waktu pagi, langit biasanya cerah dan ini telah membantu pembentukan ribut petir pada sebelah petang.

Di negeri-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia, ribut petir menghasilkan purata hujan bulanan maksimum semasa kedua-dua musim peralihan monsun.

Nasihat-nasihat dan amaran-amaran cuaca buruk ini akan disebarkan melalui laman web, media massa, media sosial dan aplikasi mudah alih (myCuaca).

Persediaan Untuk Menghadapi Monsun Lembap

monsun
Sumber: MET Malaysia

Sebelum Musim Monsun

  • Sentiasa mendengar siaran radio, televisyen atau media sosial untuk amaran angin kencang dan laut bergelora.

  • Pastikan bekalan air dan makanan yang tidak mudah rosak disimpan secukupnya.

  • Bersihkan longkang, parit dan talang hujan daripada tersumbat.

Semasa Musim Monsun

  • Tinggal di tanah kukuh. Jauhi dari longkang beraliran laju, sungai dan kawasan banjir.

  • Jangan memandu ke kawasan banjir. Elakkan daripada melalui jambatan yang tidak kukuh dan jalan yang selalu dinaiki air.

  • Ikut arahan pihak berkuasa pengurusan bencana tempatan.

  • Bersedia untuk berpindah jika diarahkan terutamanya bagi yang tinggal di kawasan pantai, berhampiran sungai atau kawasan rendah.

  • Pastikan kenderaan anda diletakkan di tempat tinggi dan segala harta benda yang lain terjamin daripada kerugian dan kemusnahan akibat daripada banjir.

  • Elakkan daripada pergi ke laut dengan menggunakan kapal atau bot kecil.

Semoga bermanfaat.

BACA: Peka, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

BACA: Banjir: JKR Kelantan Mengesan 10 Runtuhan Di Jalan Persekutuan

BACA: Ini 7 Tip Penting Sebelum Makan & Minum Semasa Musim Banjir

Sumber: METMalaysia