Siakap Keli
Mydin Khairul Aming
Gambar: Ameer Ali Mydin via Facebook/Khairul Aming via X

Mydin Izin Khairul Aming Ambil Barang Di Premis Untuk Bantu Mangsa Banjir

Mydin Izin Khairul Aming Ambil Barang Di Premis Untuk Bantu Mangsa Banjir

Ketika Malaysia dilanda bencana banjir besar, ramai yang tampil untuk membantu meringankan beban mangsa.

Dalam usaha ini, syarikat pemborong dan peruncit terkemuka, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) tidak terkecuali.

Mydin tampil membantu usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming (KA), dalam misi mulianya untuk menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Dalam sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, memberi kebenaran penuh kepada KA untuk mengambil barangan di premis Mydin tanpa sebarang halangan.

Tambahnya, KA tidak perlu menggunakan kad kredit atau membuat sebarang pembayaran segera.

“Ambil sebanyak mana barang yang diperlukan, tak perlu risau pasal kad kredit atau hantar orang, 20,000 atau 100,000, lepas banjir baru bayar,” ujar Datuk Ameer.

Situasi banjir di beberapa kawasan di Malaysia, khususnya di Pantai Timur, kini semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa mencecah hampir 100,000 di Kelantan sahaja.

KA, atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman, menerusi Instagramnya, berkongsi pengalamannya yang tiba di Kelantan pada Sabtu.

Dalam tempoh hanya dua jam, beliau berjaya mengumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Selain itu, Mydin juga tidak ketinggalan menyumbangkan pelbagai barangan kepada mangsa banjir sebagai usaha membantu mereka yang terjejas.

BACA: Banjir: Korban Meningkat Kepada Enam, Jumlah Mangsa Di Seluruh Negara Berkurang

BACA: Petugas Barisan Hadapan ‘Rempuh’ Banjir Untuk Sampai Ke Tempat Kerja, Raih Doa Ramai

BACA: Lelaki Redah Banjir, Selamatkan Banyak Kucing Terkurung Dalam Sangkar

Sumber: Astro Gempak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.