Penyokong Bola Sepak Bergaduh, Puluhan Mayat Dilapor Penuhi Hospital
Sekurang-kurangnya puluhan orang terkorban dalam ‘pertembungan’ antara penyokong di sebuah perlawanan bola sepak di N’Zerekore, Guinea, menurut sumber hospital yang memberitahu AFP.
“Mayat-mayat disusun sejauh mata memandang di hospital. Ada yang terbaring di lantai di lorong-lorong. Mayat sudah memenuhi bilik mayat.
“Terdapat sekitar 100 orang yang maut,” ujar seorang doktor yang meminta namanya dirahsiakan.
Selain itu, seorang lagi doktor mengesahkan bahawa terdapat “puluhan mayat” yang memenuhi hospital.
Rakaman video yang tersebar di media sosial menunjukkan suasana kacau bilau di luar stadium dengan banyak mayat yang terbaring di jalan.
https://x.com/AZ_Intel_/status/1863364756339380692?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1863364756339380692%7Ctwgr%5E1ff4fe18116e8ce0ebaabe1c5c184cfd767ba04f%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.dnaindia.com%2Fviral%2Freport-guinea-over-100-dead-after-clash-erupts-between-rival-fans-at-football-match-watch-viral-video-3120546
Para penunjuk perasaan yang marah juga telah merosakkan dan membakar balai polis N’Zerekore, menurut saksi kejadian.
“Semua ini bermula apabila pengadil membuat keputusan yang ‘dipertikaikan’ sebelum penyokong kemudiannya menyerbu padang,” kata seorang saksi.
Difahamkan, media tempatan melaporkan bahawa perlawanan itu merupakan sebahagian daripada kejohanan yang dianjurkan bagi memperingati pemimpin junta Guinea, Mamadi Doumbouya.
Difahamkan, Doumbouya telah melakukan rampasan kuasa pada 2021 dan mengisytiharkan dirinya sebagai presiden.
Kejohanan sebegini sesuatu yang dianggap biasa di negara di Afrika Barat itu, kerana Doumbouya dikatakan sedang ‘mengintai’ peluang untuk bertanding dalam pilihan raya presiden yang dijangka berlangsung tahun depan.
Untuk info, N’Zerekore yang terletak di tenggara Guinea mempunyai populasi sekitar 200,000 orang.
BACA: ByteDance Saman Intern, Tuntut Ganti Rugi Kira-Kira RM4.8 Juta
BACA: Pandu Ikut Aplikasi Navigasi, 3 Maut Selepas Kereta Terjunam Dari Jambatan
BACA: Banjir: Hatyai Diisytihar Sebagai Zon Merah, Penduduk Diarah Bersedia Berpindah
Sumber: AFP via France 24