Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
kereta terjunam
Kredit: Hindustan Times

Pandu Ikut Aplikasi Navigasi, 3 Maut Selepas Kereta Terjunam Dari Jambatan 

Azizah Najib

Pandu Ikut Aplikasi Navigasi, 3 Maut Selepas Kereta Terjunam Dari Jambatan

India – Tiga lelaki ditemui maut selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke Sungai Ramganga, Uttar Pradesh dipercayai akibat mengikut saranan sebuah aplikasi navigasi, lapor Hindustan Times.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu dalam perjalanan dari Gurugram ke Bareilly bagi menghadiri majlis perkahwinan sebelum kereta mereka terjunam di penghujung jambatan yang masih dalam pembinaan itu.

Kejadian tersebut terbongkar pada keesokan paginya apabila penduduk di sekitar menemui bangkai kereta yang remuk di dasar sungai tersebut.

BACA: Banjir, Tanah Runtuh Ragut 31 Nyawa Di Sumatera Utara Indonesia

Menurut jurucakap polis, pihaknya menerima panggilan daripada penduduk berkenaan penemuan tersebut.

“Sekitar pukul 9.30 pagi, kami menerima laporan berkenaan kereta yang remuk ditemui di dalam Sungai Ramganga.

“Pasukan kami menemui kereta jenis Wagon R, disyaki sebuah teksi, terjunam dari jambatan yang masih dalam pembinaan. Mayat mangsa telah dikeluarkan dan dihantar untuk bedah siasat.

“Sementara dua individu telah dapat dikenal pasti sebagai Vivek dan Amit, pengesahan identiti mangsa ketiga sedang diusahakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa mengkritik pihak berkuasa tempatan dengan tuduhan kecuaian langkah keselamatan di tempat pembinaan. Mereka menuntut siasatan dijalankan serta memfailkan FIR terhadap jabatan pembinaan yang terlibat.

“Pihak berkuasa mesti dipertanggungjawabkan bagi kecuaian ini. Mengapa jambatan tersebut tidak disiapkan dan mengapa tiada langkah keselamatan di sana?” ujar salah seorang ahli keluarga mangsa.

BACA: Lelaki Maut Selepas Kaki Dicakar Kucing Kesayangan

Sementara itu, AFP melaporkan syarikat aplikasi navigasi yang digunakan mangsa sedang membantu pihak bekuasa India dalam siasatan berkenaan kejadian tersebut.

“Kami bersimpati terhadap ahli keluarga mangsa. Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan memberikan sokongan sepenuhnya dalam siasatan isu ini,” kata jurucakap syarikat tersebut.

Anggota polis tempatan mendakwa sebahagian daripada jambatan tersebut mengalami kerosakan akibat bencana banjir pada tahun lalu.

Sebagai maklumat, kejadian tersebut berlaku setahun selepas tragedi dua orang doktor maut di selatan Kerala apabila kereta mereka terjunam ke dalam Sungai Periyar gara-gara mengikut navigasi aplikasi yang sama.

BACA: Jangan Panik, Ini 5 Tip Selamatkan Kereta Selepas Tenggelam Dalam Banjir

Sumber: Hindustan Times, AFP