Siakap Keli
ByteDance saman intern
Gambar: AFP

ByteDance Saman Intern, Tuntut Ganti Rugi Kira-Kira RM4.8 Juta 

ByteDance Saman Intern, Tuntut Ganti Rugi Kira-Kira RM4.8 Juta 

Syarikat induk TikTok, ByteDance, dilaporkan telah memfailkan saman terhadap bekas intern mereka dengan tuntutan ganti rugi sebanyak $1.1 juta (kira-kira RM4.8 juta).

Saman ini dikatakan berkaitan dengan dakwaan bahawa tertuduh telah mensabotaj projek latihan model kecerdasan buatan (AI) syarikat tersebut.

Menurut laporan media tempatan, saman ini difailkan di mahkamah daerah Beijing dan mendakwa bahawa tertuduh telah dengan sengaja mengubah kod dalam tugasan latihan model AI syarikat.

ByteDance turut merujuk kes tersebut dalam notis disiplin dalaman yang dikeluarkan pada bulan ini, lapor SCMP.

Tidak hanya menuntut ganti rugi dalam jumlah yang besar, sumber media China juga melaporkan bahawa ByteDance meminta permohonan maaf secara terbuka daripada tertuduh.

Pada bulan lalu, ByteDance memberitahu BBC bahawa mereka telah memecat tertuduh pada Ogos.

Difahamkan, tertuduh merupakan seorang intern di pasukan teknologi, namun tidak bekerja di makmal AI mereka.

Syarikat itu juga menyatakan bahawa profil media sosial tertuduh mengandungi maklumat yang tidak tepat.

Hal ini kerana di LinkedIn, tertuduh mendakwa beliau telah menjadi intern penyelidikan di pasukan VC dan makmal AI ByteDance sejak 2021.

Bagaimanapun, ByteDance menolak laporan yang mendakwa tertuduh menyebabkan kerosakan pada kira-kira 8,000 cip khusus, iaitu GPU, dan menyebabkan kerugian jutaan dolar.

Dalam perkembangan lain, ByteDance mahupun tertuduh sehingga kini belum meninggalkan sebarang respon lanjut berkaitan isu ini.

BACA: Botol Hanyut Di Laut Ditemui, Berisi Surat Berusia 16 Tahun Lalu

BACA: Karya Pisang RM28 Juta Dah Dimakan, “Rasa Lagi Sedap…”

BACA: Lelaki Maut Selepas Kaki Dicakar Kucing Kesayangan

Sumber: Business Insider

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.