Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Kredit: Chris van Kempen

Botol Hanyut Di Laut Ditemui, Berisi Surat Berusia 16 Tahun Lalu

Azizah Najib

Botol Hanyut Di Laut Ditemui, Berisi Surat Berusia 16 Tahun Lalu

Sebuah botol misteri berisi sepucuk surat ditemui seorang lelaki ketika bersiar-siar pada waktu pagi, 26 November lalu. Botol kaca berwarna hijau itu dipenuhi teritip ketika ditemui di pesisir pantai Peterborough, Australia.

Menerusi perkongsian Chris van Kempen di laman Facebook, botol misteri itu dihanyutkan dari Lautan Atlantik, 80 batu dari arah timur Brazil.

“Malangnya, tiada jin di dalam botol ini,” seloroh Chris.

Kredit: Chris van Kempen

BACA: Air Sungai Kelantan Melimpah Ke Bandar Kota Bharu – Polis

Botol misteri itu sebenarnya mengandungi surat yang ditulis oleh Joe Johnson sebagai salah satu uji kajinya untuk mengetahui jarak dan tempoh botol tersebut hanyut di lautan. Rupa-rupanya, botol misteri ini merupakan salah satu daripada beberapa lagi botol yang telah dihanyutkan Johnson.

“Salam sejahtera. Rasa ingin tahu anda mendatangkan hasil. Terima kasih kerana meluangkan masa memeriksa isi botol yang anda temui ini. Saya telah menghanyutkan beberapa lagi botol seperti ini di beberapa tempat lain di beberapa lautan berbeza dalam dunia ini. Saya mengharapkan insan seperti anda akan menemui botol ini dan kembalikannya kepada saya di Amerika Syarikat,” tulis Johnson.

Johnson turut menawarkan bayaran sebanyak USD20 kepada individu yang menemui dan mengembalikan botol itu kepadanya.

“Botol ini dihanyutkan dari Lautan Atlantik pada 3 November 2008 sekitar 80 batu dari arah timur Brazil, Amerika Selatan,” katanya lagi.

BACA: Pandu Ikut Aplikasi Navigasi, 3 Maut Selepas Kereta Terjunam Dari Jambatan

Kredit: Chris van Kempen

Berikutan penemuan ini, portal berita ABC Melbourne menemu bual Johnson bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan penemuan ini. Johnson mengesahkan botol tersebut merupakan salah satu botol yang dihanyutkannya ketika mengikuti beberapa siri pelayaran mengelilingi dunia.

Johnson yang dipercayai kini berusia 89 tahun, memberitahu botol tersebut dihanyutkan ketika dia berlayar di antara Rio dan Salvador, Brazil.

“Saya telah ke Australia dan mungkin juga pernah menghanyutkan beberapa botol di perairan sana. Tetapi yang ini dari Brazil.

“Banyak pelayaran yang saya dan isteri ikuti tetapi saya tak ingat pula botol yang itu. Mungkin ada satu atau dua botol yang saya hanyutkan di setiap pelayaran yang kami ikuti. Ini sememangnya satu perkara yang menarik terutamanya ia datang dari Brazil hingga ke Asutralia,” luahnya.

BACA: Hanya Mampu Berzikir Tengok Rumah Roboh Depan Mata Akibat Banjir

Sumber: Chris van Kempen, ABC Melbourne