Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Kredit: Shanghai Daily

Karya Pisang RM28 Juta Dah Dimakan, “Rasa Lagi Sedap…”

Azizah Najib

Karya Pisang RM28 Juta Dah Dimakan, “Rasa Lagi Sedap…”

Hong Kong – Usahawan mata wang kripto kelahiran China, Justin Sun, menunaikan hasratnya dengan memakan pisang daripada karya seni yang berjaya dibidanya. Karya seni bernilai $6.2 juta (RM28 juta) yang dibelinya pada minggu lalu dimakan ketika satu sidang media, lapor BBC.

Sun, 34 tahun, menggunakan peluang itu bagi membuat persamaan antara hasil seni tersebut dengan mata wang kripto.

“Memakan pisang ini di sidang media juga boleh menjadi sebahagian daripada sejarah karya seni ini. Rasanya lebih sedap berbanding pisang lain,” ujarnya.

BACA: Pandu Ikut Aplikasi Navigasi, 3 Maut Selepas Kereta Terjunam Dari Jambatan

Sebelumnya, pisang yang menjadi karya seni Maurizio Cattelan ini pernah dimakan oleh seorang artis kelahiran Amerika Syarikat, David Datuna pada 2019. Karya seni itu sekali lagi dimakan oleh seorang pelajar Korea Selatan pada 2023.

Difahamkan, pisang pada karya seni tersebut digantikan dengan pisang segar berharga RM1.56 pada majlis bidaan minggu lalu.

Pada sidang media tersebut, setiap jemputan diberikan sebiji pisang bersama pita pelekat sebagai buah tangan.

“Setiap orang ada pisang untuk dimakan,” katanya lagi.

BACA: Wujud Sejak 1918, Ini Fakta Tentang Xylarium Perpustakaan Kayu Tertua & Terbesar Di Malaysia

Menerusi sidang media tersebut, Sun membuat perbandingan karya pisang berkenaan termasuk karya abstrak lain dengan NFT. Token tidak sepiawai atau NFT merupakan karya seni digital yang tidak mempunyai nilai intrinsik selain daripada nilai yang ditetapkan oleh orang ramai. NFT boleh didagangkan menerusi platform rangkaian blockchain miliknya, Tron.

Terdahulu, Sun pernah menyatakan hasratnya untuk memakan pisang tersebut setelah berjaya membida karya seni itu.

“Saya akan makan pisang itu sebagai sebahagian daripada pengalaman artistik yang unik ini. Ia juga sebagai tanda menghormati tempatnya dalam sejarah seni dan budaya popular,” luahnya.

BACA: Luar Biasa, Karya Pisang Lekat Dinding Terjual RM28 Juta

Sumber: BBC, Shanghai Daily