Siakap Keli
maut dicakar kucing
Kredit: Daily Mail

Lelaki Maut Selepas Kaki Dicakar Kucing Kesayangan 

Lelaki Maut Selepas Kaki Dicakar Kucing Kesayangan 

Rusia – Seorang lelaki yang menghidap penyakit diabetes dan darah beku maut selepas dicakar kucing peliharaannya, lapor Daily Mail.

Mangsa, Dmitry Ukhin, 55 tahun, meninggal dunia akibat kehilangan darah apabila kakinya luka dicakar kucing miliknya.

Kejadian yang berlaku pada Jumaat, 22 November di Leningrad itu dipercayai bermula apabila mangsa keluar mencari kucing peliharaan yang melarikan diri daripada rumah dua hari sebelum itu.

BACA: Banjir: Pemuda Ikat Tong Dram Bawah Katil Untuk Keselesaan Bapa Sakit Terlantar

Setelah menemui kucingnya, mangsa didakwa membawa kucing tersebut pulang ke rumah. Namun tanpa diduga, kucing tersebut mencakar kaki lelaki berkenaan. Darah yang mengalir dari luka besar tersebut tidak dapat dihentikan berikutan penyakit diabetes dan pembekuan darah yang lemah yang dihidapi mangsa.

Difahamkan ketika itu, mangsa menghubungi jirannya bagi mendapatkan bantuan berikutan ketiadaan isterinya di rumah.

Jurucakap pihak polis mengesahkan menerima panggilan kecemasan berkenaan laporan tersebut.

BACA: Banjir: Lima Keluarga Berdepan Detik Cemas Kenderaan Dinaiki Dihanyutkan Arus Deras

“Sekitar jam 11 malam, seorang lelaki menghubungi 112 untuk melaporkan rakannya mengalami pendarahan akibat urat yang terkoyak di kaki.

“Doktor yang tiba mengesahkan kematian mangsa,” katanya.

Menurut jiran yang memberikan bantuan awal kepada mangsa, bantuan kecemasan mengambil masa yang terlalu lama untuk tiba di tempat kejadian.

Perkara ini turut disahkan oleh isteri mangsa, Natalya.

Wanita juga memaklumkan kucing mereka yang bernama Styopka itu suka berjalan keluar sendiri, baik dan tidak berbahaya.

Setakat ini, punca kematian masih dalam siasatan pihak forensik.

BACA: Ribuan Ulat Muncul, ‘Berterbangan’ Hingga Melekat Pada Baju Penduduk

Sumber: Daily Mail

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.