Petugas Barisan Hadapan ‘Rempuh’ Banjir Untuk Sampai Ke Tempat Kerja, Raih Doa Ramai
Kebelakangan ini, berita bencana yang dilaporkan melanda beberapa kawasan di Malaysia terutamanya di Pantai Timur, amat membimbangkan.
Banjir kali ini yang dikatakan ‘terburuk’, menyebabkan banyak kawasan dinaiki air, jalan raya tidak dapat dilalui selain akses kepada kemudahan asas menjadi semakin sukar.
Ini bukan sahaja meninggalkan impak buruk kepada alam, namun kehidupan penduduk setempat turut terkena ‘tempias’.
Meski dilanda musibah, ‘wira’ kita tetap turun padang
Terbaru, di tengah musibah yang melanda kita, satu video yang dikongsi di laman Facebook telah menyentuh hati ramai.
Video itu memperlihatkan kumpulan barisan hadapan, khususnya petugas kesihatan, yang terpaksa ‘rempuh’ banjir demi menjalankan tugas.
Rakaman yang tular itu memaparkan situasi di Jitra, Kedah, di mana petugas kesihatan dilihat berdiri di tepi jalan, menunggu giliran untuk menaiki trak ke tempat kerja mereka di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Laluan utama ke hospital tersebut terputus akibat banjir yang melanda kawasan tersebut, memaksa mereka menggunakan kenderaan khas untuk mengharungi air dalam.
Walaupun keadaan kelihatan sukar, wajah-wajah petugas ini tetap tenang dengan senyuman yang kekal terukir di bibir.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan semangat luar biasa petugas barisan hadapan itu.
Selain itu, ruangan komen turut dipenuhi dengan doa dan kata-kata semangat buat mereka.
https://www.facebook.com/reel/538796865635925
Semoga mangsa yang terjejas akibat banjir dipermudahkan segala urusan dan keadaan kembali pulih secepat mungkin.
BACA: Graduan Sarung Topi Konvo Pada Ibu, Tonton ‘Live’ Majlis Di PPS Buat Ramai Sebak
BACA: Ini 7 Tip Penting Sebelum Makan & Minum Semasa Musim Banjir
BACA: Air Sungai Kelantan Melimpah Ke Bandar Kota Bharu – Polis
Sumber: Hanif Arshad via Facebook