Graduan Sarung Topi Konvo Pada Ibu, Tonton ‘Live’ Majlis Di PPS Buat Ramai Sebak
Hujung tahun bukan sekadar musim orang naik pelamin, tapi juga musim naik pentas konvokesyen.
Waktu inilah ramai graduan tak sabar-sabar nak bergaya dengan jubah rasmi, pakai topi mortar dan melangkah penuh bangga di atas pentas sambil disaksikan ibu bapa tersayang.
Kalau rajin skrol TikTok, For You Page (FYP) korang sekarang mesti sarat dengan video bertemakan konvo.
Ada yang kongsi tip ambil gambar aesthetic, pilih baju paling ‘meletop’ atau tip solekan supaya nampak flawless di kamera.
Rasa macam semua graduan nak pastikan hari konvo mereka jadi perfect moment yang boleh dikenang sampai bila-bila.
Tapi, walaupun dah buat perancangan rapi, kita kena akui, rancangan Allah SWT lebih hebat. Kadang-kadang, ada perkara yang tak mampu kita kawal.
Begitulah kisah seorang graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang tular baru-baru ini.
Sepatutnya, hari konvokesyen graduan ini jadi detik menggembirakan, tapi takdir berkata lain.
Akibat musibah banjir, graduan ini tidak dapat hadir ke majlis konvokesyennya sendiri.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok @hananhumaira18, graduan wanita ini dilihat menyarungkan topi konvo ke kepala ibunya sambil menonton siaran langsung majlis tersebut dari pusat pemindahan sementara (PPS).
“Sepatutnya hari ini adik konvo di UPSI. Tapi, apakan daya. Kita merancang, tetapi Allah juga merancang. Banjir last minute betul-betul kena dengan tarikh konvo. Persiapan nak ke sana pun dah siap, tunggu nak pergi saja. Akhirnya, kami hanya tengok live dari PPS,” tulisnya.
@hananhumaira18 Semoga dipermudahkan urusan kami serta mangsa banjir yg lain. Yakin lah setiap musibah pasti ada hikmahnya.Bersangka baik lah dengan Allah💖 #konvo #konvokesyen #upsi #banjir #banjirkelantan #banjir2024
Perkongsian itu mendapat banyak perhatian di media sosial. Netizen tidak henti-henti memberikan ucapan tahniah kepada graduan tersebut.
Ramai juga yang menitipkan doa agar keluarganya dipermudahkan segala urusan selepas terkesan dengan bencana banjir ini.
Tidak hanya itu, ada yang turut berkongsi pengalaman sama, tak dapat hadir ke majlis konvokesyen mereka atas sebab-sebab tertentu.
Memang rasa sedih, tapi tetap bersyukur atas nikmat kejayaan.
Semoga urusan mangsa yang terkesan banjir dipermudah
Seperti yang kita tahu, beberapa kawasan di Malaysia, terutamanya Pantai Timur, kini dilanda banjir.
Ia bukan sahaja menyukarkan graduan untuk meraikan konvokesyen, tetapi juga memberi cabaran besar kepada pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.
Walaupun keadaan sukar, kita percaya setiap ujian ini ada hikmahnya. Kepada mereka yang terkesan, semoga terus kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.
BACA: Siap Ada Kompang, Majlis Perkahwinan Ala Melayu Keluarga Cina Ini Curi Tumpuan
BACA: Pak Cik Ni Viral Lagi, Kali Ni ‘Comeback’ Sebab Tiub Oksigen ‘Salah Lobang’
BACA: Jual ‘Nasi Kerabu’ Di London, Pendapatan Diraih Pemuda Cina-British Ini Buat Ramai Terkejut
Sumber: TikTok @hananhumaira18