Siakap Keli
Nasi Kerabu London
Kredit: TikTok @christhechindian

Jual ‘Nasi Kerabu’ Di London, Pendapatan Diraih Pemuda Cina-British Ini Buat Ramai Terkejut

Jual ‘Nasi Kerabu’ Di London, Pendapatan Diraih Pemuda Cina-British Ini Buat Ramai Terkejut

Pernah dengar kisah Mat Saleh jual nasi lemak di pasar tani Honolulu, Hawaii? Dengan banner bertulis “Nasi Lemak Malaysian Coconut Rice“, gerainya pernah tular lepas ditemui oleh rakyat Malaysia di sana.

Kali ini, cerita hampir serupa datang dari TikTok @christhechindian, di mana dua pemuda Malaysia berkongsi pengalaman unik mereka menemui gerai nasi kerabu di London.

Bayangkan tengah berjalan-jalan di Victoria Park, tiba-tiba terbau aroma wangi juadah tradisional Malaysia yang biasanya dinikmati di Pantai Timur.

Dalam video yang kini tular, mereka menemui gerai bernama “Eat Lah” yang diusahakan oleh sebuah keluarga secara kecil-kecilan di bawah khemah biru.

“Kami bermula sejak 2019. Sebelum itu, saya bekerja sebagai arkitek hampir sepuluh tahun. Tapi, selepas sekian lama, saya hilang minat dan semangat dalam bidang itu. Akhirnya, saya nekad ‘terjun’ dalam bidang masakan.

“Keputusan ini juga dipengaruhi oleh persekitaran keluarga. Ayah dulu pernah kerja di restoran, dan saya sendiri sudah lama teringin nak ceburi dunia perniagaan,” kata pemilik gerai itu.

Paling mengejutkan, gerai yang nampak ‘biasa-biasa’ itu sebenarnya menjana pendapatan yang ‘luar biasa’ lumayan.

Pemilik gerai itu, seorang lelaki Cina kelahiran British yang berkahwin dengan rakyat Malaysia asal Kelantan, berkongsi bahawa mereka mampu meraih hingga £400,000 setahun (kira-kira RM2.2 juta).

“Kelate mendunia”

Bagaimanapun, pemilik gerai berkongsi bahawa permulaan mereka tidak mudah.

Menurutnya, pernah ada hari di mana hanya satu bungkus nasi kerabu berjaya dijual.

Namun, keunikan nasi biru serta rasa autentik masakan Kelantan, mula mendapat tempat di hati penduduk tempatan.

“Orang di sini tertarik kerana ini sesuatu yang unik dan tidak biasa mereka jumpa. Warna nasi biru itu memang jadi tarikan utama,” tambahnya.

Bahkan kini, gerai kecil itu mampu menjual hingga 300 bungkus nasi kerabu sehari.

@christhechindian

“Should’ve started earlier” 📍: London 💼: Streetfood Chef @eatlahuk @John Ow #GajiHowMuch #SuduOnTheStreet #WorkTour #StreetInterview #FYP #Foryoupage #tiktokmalaysia #london

♬ original sound – Chris MJ – Chris MJ

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu mendapat reaksi pelbagai daripada masyarakat, terutamanya rakyat Malaysia.

“Wah, nasi kerabu bukan mek kelate yang jual. Hebat,”

“Rasanya mereka mesti lagi teruja nak cuba kalau bagitahu warna biru nasi tu sebenarnya dari bunga telang, bukan pewarna makanan biasa,”

BACA: Mat Saleh Dedah Sebab Jual Nasi Lemak Di Hawaii

BACA: Rindu Tak Bertepi, Kisah “Rider” Baring Di Sisi Pusara Ibu Buat Ramai Sebak

BACA: Anak Kecil Jerit Bahagia, Buat Bahasa Isyarat “Terima Kasih” Lepas Dapat Hadiah Dari Mak Ayah ‘Istimewa’

Sumber: TikTok @christhechindian

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.