Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Anak kecil buat bahasa isyarat
Kredit: TikTok @syira86

Anak Kecil Jerit Bahagia, Buat Bahasa Isyarat “Terima Kasih” Lepas Dapat Hadiah Dari Mak Ayah ‘Istimewa’

Hannah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Anak Kecil Jerit Bahagia, Buat Bahasa Isyarat “Terima Kasih” Lepas Dapat Hadiah Dari Mak Ayah ‘Istimewa’

Setiap insan bergelar “ibu” dan “bapa” pasti ingin melihat anak-anak mereka bahagia, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Meski dalam keadaan serba kekurangan, tiada ‘tembok’ yang boleh menjadi penghalang kepada cinta besar ibu bapa terhadap anak-anak.

Baru-baru ini, tular sebuah video menyentuh hati memaparkan detik manis seorang anak kecil bersama ibu bapanya yang ‘istimewa’.

Video itu dikongsikan oleh ibunya sendiri menerusi TikTok @syira86.

Dalam video tersebut, si kecil kelihatan begitu asyik menikmati kentang goreng di sebuah restoran.

Dengan gaya selamba, dia langsung tidak menyedari ada kejutan besar menantinya.

Kelihatan juga si ibu yang cuba mengalihkan perhatiannya, sementara si ayah diam-diam meletakkan sebuah kotak hadiah di atas meja.

Mungkin kerana kentang goreng dimakannya terlalu sedap, si kecil mengambil masa sedikit untuk perasan kehadiran kotak misteri itu.

Tapi, bila matanya akhirnya ‘menangkap’ kotak itu, suasana terus bertukar ceria.

Jeritan bahagia si kecil memecah keheningan, membuatkan semua yang menonton video itu pasti turut tersenyum.

Meski wajah si kecil dan reaksinya jelas memancarkan kebahagiaan tulus, ramai warga maya tidak dapat menahan rasa sebak.

Bersungguh tunjuk senyuman lebar, si kecil mahu mak ayah tahu yang dia sangat bahagia

Jeritan bahagia itu, yang biasanya perkara biasa bagi kanak-kanak lain, membawa makna yang jauh lebih mendalam.

Anak kecil ini dibesarkan oleh dua insan ‘istimewa’ yang kurang upaya pendengaran.

Namun, itu langsung tidak menghalangnya untuk berusaha sebaik mungkin menunjukkan wajah ceria penuh ekspresi, supaya ibu bapanya tahu betapa gembiranya dia.

Tambah menyentuh hati, si kecil turut mengucapkan “terima kasih” dengan bahasa isyarat, tanda penghargaan buat mak ayahnya yang sangat luar biasa.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian itu dibanjiri kata-kata semangat dan doa daripada warga maya.

Ramai yang tersentuh melihat keluarga kecil ini, malah kagum dengan kebolehan anak kecil itu yang sudah terbiasa menggunakan bahasa isyarat.

“Anak dia memang tunjuk muka gembira sangat sebab dia nak mak ayah dia tahu yang dia betul-betul seronok,”

“Kecil-kecil lagi dah biasa belajar bahasa isyarat, rajin berbual. Terbaik,”

“Aku tutup volume kejap. Ya Allah, macam ni ke perasaan mak ayah dia? Kak, anak akak memang happy sangat. Suara dia teruja sangat bila dapat hadiah. Semoga yang terbaik untuk korang semua, dunia akhirat,”

“Kalau akak/abang nak tahu, jeritan anak akak/abang tu jeritan seorang anak lelaki yang betul-betul gembira, yakin dan memang akan jadi lelaki yang hebat. Tahniah,”

“Pandai betul budak ni hargai dengan cakap terima kasih. Semoga membesar dengan sihat dan berjaya, Affan,”

“Affan, kamu sangat bertuah ada mak ayah yang hebat, dan mereka juga bertuah ada kamu,”

Mungkin ini kelihatan ‘sederhana’ di mata orang lain, tetapi sangat bermakna bagi mereka.

Semoga keluarga ini terus diberkati dengan kebahagiaan dan kasih sayang.

BACA: Rindu Tak Bertepi, Kisah “Rider” Baring Di Sisi Pusara Ibu Buat Ramai Sebak

BACA: Mat Saleh Terkejut Dengan ‘Gaya Hidup’ Masyarakat Malaysia

BACA: Gelagat ‘Aunty’ Bantu Wanita Rakam Momen Bersama Keluarga Tuai Pujian

Sumber: TikTok @syira86