Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Majlis perkahwinan Cina ala Melayu
Kredit: TikTok @hushushushusna

Siap Ada Kompang, Majlis Perkahwinan Ala Melayu Keluarga Cina Ini Curi Tumpuan

Hannah

Siap Ada Kompang, Majlis Perkahwinan Ala Melayu Keluarga Cina Ini Curi Tumpuan

Baru-baru ini, satu video tular di TikTok mencuri perhatian ramai, memaparkan majlis perkahwinan yang cukup luar biasa dan ‘lain daripada yang lain’.

Video tersebut yang dimuat naik oleh pengguna @hushushushusna, menonjolkan suasana majlis perkahwinan ala Melayu yang dianjurkan oleh sebuah keluarga berbangsa Cina.

Apa yang menarik, majlis ini diraikan dengan penuh kesederhanaan tetapi tetap meriah dengan gabungan budaya yang unik.

Dalam video itu, acara dimulakan dengan paluan kompang oleh sekumpulan lelaki berbaju hitam yang tampak segak, lengkap bertanjak.

Ini memang sesuatu yang jarang dilihat dalam majlis perkahwinan masyarakat lain, kan?

Kehadiran keluarga pengantin juga tak kurang memukau, terutamanya para wanita yang mengenakan kebaya tradisional Baba Nyonya.

Penampilan mereka yang anggun ini benar-benar menyuntik elemen budaya yang mempesonakan.

Tidak hanya itu, majlis menjadi lebih meriah apabila tarian singa dipersembahkan sebelum pasangan pengantin membuat kemunculan.

Diikuti itu, kelihatan pengantin lelaki tampil segak dengan busana songket lengkap bersama tanjak dan keris. Manakala, pengantin perempuan pula kelihatan manis dan menawan dalam kebaya nyonya.

Mereka melangkah masuk ke dewan dengan senyuman lebar sambil melambai ke arah tetamu, membuatkan suasana kelihatan ‘ceria’.

Ruangan komen video tersebut dihujani dengan pelbagai reaksi positif daripada pengguna media sosial.

“Ini barulah wedding of the year

Ramai yang mengaitkan majlis tersebut dengan budaya Baba Nyonya yang terkenal dengan gabungan tradisi Melayu dan Cina.

“Baba Nyonya selalunya lebih dekat dengan kehidupan Melayu. Mereka pun cakap dalam bahasa Melayu. Ada juga majlis perkahwinan yang ada pantun. Nenek kawan saya pun tak cakap bahasa Cina, dia cakap Melayu je dekat rumah,”

Tidak kurang juga, ramai yang memuji keharmonian majlis perkahwinan itu, yang dianggap mencerminkan kepelbagaian budaya di Malaysia.

“Suka tengok wedding macam ni, harmoni sangat. Pergi wedding kawan Cina di Sabah, semua jenis persembahan ada. Seronok betul,”

Selain itu, pakaian pengantin yang sederhana tetapi tetap elegan turut mendapat perhatian.

“Pengantin pakai kebaya biasa je, tapi berseri,”

“Cantik pasangan. Baguslah dari ikut cara barat. Negara kita ada bermacam-macam budaya perkahwinan,”

BACA: Jual ‘Nasi Kerabu’ Di London, Pendapatan Diraih Pemuda Cina-British Ini Buat Ramai Terkejut

BACA: Pak Cik Ni Viral Lagi, Kali Ni ‘Comeback’ Sebab Tiub Oksigen ‘Salah Lobang’

BACA: Anak Kecil Jerit Bahagia, Buat Bahasa Isyarat “Terima Kasih” Lepas Dapat Hadiah Dari Mak Ayah ‘Istimewa’

Sumber: TikTok @hushushushusna