Siakap Keli
Laporan Bencana Jalan Runtuh
Kredit: Facebook BIGBEN-Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia

Awas, Ini Senarai 13 Lokasi Jalan Runtuh Di Tiga Buah Negeri Terjejas Banjir

Awas, Ini Senarai 13 Lokasi Jalan Runtuh Di Tiga Buah Negeri Terjejas Banjir

Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia (BIGBEN) telah mengeluarkan laporan terkini mengenai kejadian bencana di seluruh negara.

Menurut hantaran yang dimuatnaik di portal rasmi Facebook BIGBEN, kemaskini laporan bencana setakat pukul 6 pagi itu melibatkan 7 buah negeri.

Laporan bencana membabitkan 231 lokasi di Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Kelantan, Selangor, Terengganu dan Pahang terdiri daripada banjir, banjir kilat, cerun runtuh, jalan runtuh, jalan mendap dan jambatan rosak/runtuh.

Laporan Kejadian Bencana
Kredit: Facebook BIGBEN-Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia

Lokasi jalan runtuh di tiga buah negeri

Bagi pengguna jalan raya pula, sudah tentu fokus dan kepekaan perlu diberikan kepada laporan 13 kejadian jalan runtuh yang berlaku di tiga buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu dan Perak.

Di Kelantan, kejadian jalan runtuh berlaku di 10 lokasi di empat jajahan iaitu Gua Musang, Machang, Tumpat dan Kuala Krai.

Sebanyak empat kes jalan runtuh direkodkan di Gua Musang, melibatkan lokasi di Jalan Gua Musang – Jelawang, Jalan Paloh 3 ke Kampung Lebir, Jalan Aring 8 dan Jalan Lojing.

Manakala di Machang pula, kejadian jalan runtuh berlaku di dua lokasi iaitu di Jalan Kemuning – Bukit Belah dan Jalan Pangkal Meleret – Limau Hantu.

Jalan runtuh turut berlaku di Tumpat melibatkan Jalan Tumpat – Tujuh – Genting melibatkan tiga lokasi berbeza.

Di Kuala Krai, kejadian tanah runtuh dilapor berlaku di Jalan Simpang Tiga Sungai Pahi ke Simpang Tiga Kg. Peris.

SETERUSNYA DI Terengganu, jalan runtuh terjadi di Kampung Pengkalan Setol, Besut dan Jalan Mengabang Telipot / Batu Rakit berdekatan kedai Pak Nong di Kuala Nerus.

Di Perak, lokasi yang ditimpa jalan runtuh ialah Jalan Pengkalan Hulu – Sempadan Thailand di Hulu Perak.

Orang ramai dinasihati untuk berhati-hati dan mengelak daripada menggunakan jalan yang terjejas supaya tiada perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu, orang awam juga dinasihati untuk sentiasa merujuk laman Facebook BIGBEN supaya sentiasa maklum tentang perkembangan bencana dalam negara.

BACA: “Niat Nak Bagi Insaf Sikit,” Kucing Kelabu Sebak Tengok ‘Kawan-kawan’ Jadi Mangsa Banjir

BACA: Lebih 300,000 Mangsa Dipindahkan, Ini Sejarah Banjir Tahun 2014

BACA: Luruan Monsun Dari 8 Hingga 14 Disember Di Timur Semenanjung – METMalaysia

Sumber: BIGBEN-Bilik Gerakan Bencana JKR Malaysia via Facebook

Siti Nur Ain Natasya

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.