Siakap Keli
banjir 2014
Gambar: Bernama

Lebih 300,000 Mangsa Dipindahkan, Ini Sejarah Banjir Tahun 2014

Lebih 300,000 Mangsa Dipindahkan, Ini Sejarah Banjir Tahun 2014

Negara kini sedang dilanda musibah banjir, melibatkan sembilan buah negeri dengan Kelantan dan Terengganu antara negeri paling teruk terjejas.

Musibah kali ini menyaksikan lebih 140,000 mangsa terkesan di seluruh negara.

Walaupun ia menunjukkan tanda-tanda semakin pulih, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan orang ramai untuk terus berhati-hati sewaktu musim ini.

Setakat jam 6 petang tadi, jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatat penurunan kepada 110,213 orang berbanding 128,952 orang.

Banjir kali ini tak ubah seperti bencana alam yang pernah menggemparkan negara pada 10 tahun dahulu khususnya, masih segar di ingatan sebahagian besar penduduk negeri Kelantan.

Bahkan statistik mangsa, jumlah keluarga juga jauh lebih tinggi berbanding banjir kali ini.

Banjir Besar Kelantan 2014

banjir 2014
Gambar: Facebook Hanya Di Kelate

Banjir dengan mangsa tertinggi

Mengimbau kembali pada tahun 2014, Malaysia digemparkan dengan catatan mangsa banjir tertinggi dalam rekod sejarah negara iaitu lebih 300,000 mangsa yang dipindahkan.

Kira-kira 170,000 orang, lebih separuh daripada keseluruhan mangsa banjir adalah dari negeri Kelantan membabitkan lebih 36,000 keluarga.

Tidak mampu dibayangkan bagaimana keadaan yang terpaksa dilalui oleh mereka hingga 309 pusat pemindahan sementara (PPS) terpaksa dibuka di lapan daerah.

Kelahiran NADMA

Tragedi inilah yang telah melahirkan Agensi Pengurusan Bencana Negara atau National Disaster Management Agency (NADMA) yang bertindak sebagai agensi pengurusan kecemasan kerajaan Malaysia dalam mengatasi banjir 2014.

Pengalaman dalam misi bantuan 

Gambar: Khidmat Malaysia

Menerusi perkongsian Khidmat Malaysia sebuah badan bukan kerajaan (NGO), pasukan itu antara NGO yang membanting tulang menyalurkan bantuan di negeri-negeri terjejas ketika itu.

MEDM atau dikenali Khidmat Malaysia (kini) bertindak menyelamatkan mangsa yang terperangkap di pelbagai tempat antaranya rumah, sekolah dan premis perniagaan.

Paling diingati Khidmat Malaysia adalah menyelamatkan mangsa yang berada di tingkat tiga bangunan sekolah.

Kuala Krai menjadi daerah paling teruk terjejas, sehingga misi menyelamat perlu menggunakan helikopter.

Semoga urusan kesemua pihak yang terlibat dalam musibah banjir ini termasuk mangsa banjir dipermudahkan.

Sumber: Bernama, Khidmat Malaysia

BACA: Ini Penyebab Berlakunya Monsun Yang Ramai Tak Tahu

BACA: Peka, Ini Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum, Semasa Dan Selepas Banjir

BACA: Banjir: Graduan Sambut Konvokesyen Di PPS Bachok

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.